web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bumbung Bangunan Sekolah Terbang, Persediaan Kelas Percubaan SPM Terjejas

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:21PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Persediaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah untuk pelajarnya menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula Isnin ini, terjejas selepas bumbung bangunan di sekolah tersebut rosak akibat dibadai ribut petang tadi.

Dalam kejadian 2.40 petang, angin kuat dengan hujan lebat itu telah menjejaskan tujuh blok bangunan di sekolah tersebut, terutamanya Blok C selepas bumbungnya diterbangkan sehingga menampakkan rangka kayu bahagian dalam siling tersebut.

Bagaimanapun, Pengetuanya, Ramli Abdullah berkata, beliau bersyukur kejadian itu berlaku bukan pada waktu sekolah, manakala hari sukan sekolah dan program kelas tambahan yang diadakan dengan kehadiran dua guru dan tujuh pelajar, telah selesai lebih awal.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan setakat ini didapati lapan kelas, satu bilik guru dan makmal serta pejabat yang terdapat di Blok C itu, terjejas agak teruk. Untuk tindakan selanjutnya, kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengetahui status keselamatan bangunan yang terjejas ini.

“Sementara kelas bagi peperiksaan SPM yang terjejas, kita akan lihat dan susun semula mengikut keadaan,” katanya ketika di temui pemberita di sini hari ini.

@getaranmy SMK Munshi Abdullah di Batu Berendam dilanda ribut dan hujan lebat mengakibatkan kerosakan teruk. #getaranmy #ribut #batuberendam #terkini #trending ♬ original sound - Getaran

Sementara itu, guru Farariza Bahrin, 45, yang berada di lokasi kejadian berkata, beliau ketika itu berada di Blok E dan terdengar bunyi angin yang sangat kuat dan menakutkan, sekitar 2.40 petang.

“Saya ingatkan ribut biasa, kerana di sini kawasan laluan angin tapi angin kali ini sangat kuat. Saya tak berani nak buka tingkap untuk melihat, tapi apabila sudah reda saya buka dan lihat bumbung tercabut.

“Saya bersama dengan beberapa pelajar dan tidak benarkan mereka keluar ketika angin kuat dan lalu di kawasan runtuhan bumbung selepas keadaan reda,” katanya yang mengajar tingkatan enam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee yang hadir melawat lokasi kejadian berkata pihak JKR telah pun datang dan akan membuat penilaian tahap keselamatan bangunan tersebut.

“Kita akan dapat tahu status bangunan itu esok dan semua tindakan akan dilakukan berdasarkan laporan itu. Anggaran kerosakan juga hanya akan diketahui selepas ini dan dalam masa yang sama, kita akan berbincang dengan JPN, untuk tindakan bagaimana menempatkan pelajar ini jika diperlukan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad