Susulan serangan tentera Israel ke atas Palestin sejak 7 Oktober lalu, pelbagai pihak di negara ini mengadakan himpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada penduduk di Gaza.
Bagaimanapun, baru-baru tular video yang menunjukkan insiden membawa senjata mainan ke sekolah ketika himpunan itu berlangsung, yang pada asalnya bertujuan memberi pemahaman kepada pelajar.
Tindakan pengurusan sekolah itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak, termasuk ibu bapa dan penjaga.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas tindakan membawa senjata ketika perhimpunan solidariti di sekolah, berkata: "Tadi kita bincang di mesyuarat Kabinet, pertama kita galakkan (penganjuran program), tak paksa semua sekolah. Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah". - Getaran, 27 Oktober 2023
@getaranmy Anda rasa cara macam ni okay ke untuk anak-anak belajar apa yang berlaku di Palestin? #getaranmy #trending ♬ original sound - Getaran