Seorang maut, manakala tiga lagi dipercayai cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX), semalam.
Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) seorang pengguna MEX yang menyaksikan kemalangan itu, ia berlaku selepas kereta BMW gagal mengawal kenderaannya akibat dipandu laju.
Kereta BMW itu kemudiannya merempuh sebuah kenderaan lain di laluan kanan, mengakibatkan kedua-dua remuk dan terbabas ke laluan kiri. - Getaran, 23 Oktober 2023
@getaranmy Terlalu laju sehingga akibatkan kemalangan yang melibatkan sebuah BMW biru di lebuhraya MEX. #getaranmy #trafficaccident #highways #trending #semasa #terkini ♬ original sound - Getaran