Insiden kereta Axia dirempuh dari belakang oleh sebuah lori berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) pusat cucian kereta di Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Johor.
Kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat turut disaksikan orang ramai yang berada di pusat cucian terbabit.
Namun, pemandu lori dipercayai melarikan diri dari lokasi selepas kejadian berlaku dan nasib pemandu serta penumpang kereta malang tidak diketahui. - Getaran, 22 Oktober 2023
@getaranmy Lori langgar lari kereta Axia merah di Lokasi Jalan Kempas Lama Kampung Sinaran Baru, kesian tuan kereta dan anaknya #getaranmy #terkini #trending #semasa #viral #video #getaran #lori #axia #fyp ♬ original sound - Getaran