Tindakan pemandu dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi yang enggan bertolak ansur sesama mereka dan memandu dalam keadaan berbahaya, hampir mengundang kemalangan kepada pengguna lain di Lebuh Raya Maju (MEX) pagi semalam.
Perbuatan tidak bertanggungjawab kedua-dua pemandu berkenaan sempat dirakam pengguna lain sebelum dimuat naik melalui aplikasi TikTok.
Individu yang merakam kejadian itu memaklumkan dalam ruangan komen, kedua-dua pemandu berkenaan sudah tidak beralah sejak dari susur masuk Bukit Jalil lagi sebelum meneruskan perbuatan mereka di atas lebuh raya, menuju ke Putrajaya.
Mereka kemudian dikatakan berhenti di tepi plaza tol Putrajaya. – Getaran, 18 Oktober 2023
@getaranmy Myvi lama vs Myvi baru, dia boleh main-main lorong pulak dekat sini. Kesian dekat pemandu lain. #getaranmy #getaran #trending #terkini #semasa #Malaysia #jalanraya #kereta #viral #video #fyp ♬ original sound - Getaran