Ribut petir yang melanda Johor petang semalam menyebabkan banyak kerosakan terutama sekitar Johor Bahru.
Melalui klip video yang dikongsikan di media sosial, kelihatan pokok tumbang dan sengkuap serta papan tanda di premis komersial tercabut sehingga menimpa kenderaan orang awam.

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam turut mengeluarkan amaran ribut petir di sekitar daerah Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga jam 7 malam tadi.
Negara kini mengalami perubahan musim memasuki Monsun Timur Laut yang turut membawa taburan hujan yang tinggi.
Justeru, mereka yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan merancang urusan harian supaya tidak tersekat dalam ribut mahupun banjir. – Getaran, 10 Oktober 2023
@getaranmy Ribut teruk yang melanda JB semalam dikatakan terpaling buruk setakat ini. Harap semua selamat. Cuaca tak menentu sekarang. #getaranmy #semasa #terkini #fyp #ribut ♬ original sound - Getaran