Destinasi pelancongan terkenal Pattaya dilanda ribut dan hujan lebat semalam, hingga memaksa penduduk serta pelancong menyelamatkan diri.
Menurut The Pattaya News, hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan pantai berhampiran Balai Polis Pattaya itu turut menerbangkan dahan pokok, pasir dan penghalang berwarna oren di lokasi terbabit.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan kembali tidak lama kemudian.
Terdahulu tular video dirakam saksi selepas ia dikongsi di Facebook.
@getaranmy Angin kencang menerbangkan dahan, daun, serpihan, pasir, dan juga penghadang plastik oren. Takut! #GetaranMY #fyp #Semasa #Terkini ♬ original sound - Getaran