Gelagat dua penunggang motosikal 'menunda' sebuah kereta di lebuh raya meraih perhatian netizen.
Video mereka yang tular di media sosial dihujani pelbagai komen, malah mereka disifatkan sebagai sengaja menempah maut.
Walaupun ada segelintir memuji niat murni kedua pemuda itu membantu pemandu Perodua Myvi tersebut, tak kurang juga yang mencemuh kerana malang tidak berbau.
Hanya dengan satu kesilapan kecil, kedua-dua mereka berpotensi terbabit dalam kemalangan yang boleh mengancam nyawa. - Getaran, 24 September 2023