Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi melaksanakan Ops Garisan Putih di sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi satu video yang dikongsikan di platform TikTok, operasi itu adalah bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan untuk tidak menunggu di persimpangan lampu isyarat melebihi garisan putih sedia ada.
Bagi pengguna yang gagal mematuhi peraturan tersebut, pihak berkuasa berhak untuk mengeluarkan surat saman dengan kadar denda berjumlah RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Bermula 28 Julai lalu, JSPT telah melancarkan Ops Garis Putih di bawah undang-undang Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959).
Operasi itu adalah bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya untuk tidak memberhentikan kenderaan di lintasan garisan putih.
Operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Operasi Pematuhan Peraturan Lalu Lintas dan pelaksanaannya adalah melibatkan seluruh negara. - Getaran, 21 September 2023
@getaranmy Peraturan untuk memberhentikan kenderaan sebelum garisan putih termaktub dalam Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959). #GetaranMY #Semasa #Terkini #fyp ♬ original sound - Getaran