Tiga termasuk seorang anggota bomba maut, apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabit dalam nahas di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lipis, awal pagi tadi.
Anggota bomba itu, Mohd Syukri Mat Noor, 55, bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Kelantan.
Turut terkorban ialah pemandu bas Ab Aziz Daud, 63, dan warganegara Bangladesh, Hossain Kamal, 41, yang merupakan warga Bangladesh.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata kemalangan berlaku pada 1.50 pagi semasa bas yang membawa 18 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur. - Getaran, 20 September 2023
@getaranmy Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah Bas Ekspress 2 Tingkat yang terbabas melanggar pokok di Kampung Kubang Musa, Merapoh awal pagi ini. #GetaranMY #Semasa #Terkini #fyp ♬ original sound - Getaran