SP Winds, pasukan orkestra Sekolah Seri Puteri Cyberjaya berjaya menggondol tiga anugerah pada pertandingan Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol yang berlangsung pada 8 hingga 18 September lalu.
Tiga anugerah terbabit adalah Anugerah Excellent Golden Diploma, Anugerah Khas Juri - Extraordinary Artistic Impression dan Anugerah Khas Penganjur - Golden Sardana.
Selain menyertai pertandingan, SP Winds yang dianggotai 65 pelajar, selain enam guru pengiring turut diberi peluang untuk mengadakan persembahan terbuka dan master class.
Kementerian Pendidikan menerusi perkongsian di Facebook turut melahirkan ucapan tahniah kepada SP Winds: "Kementerian Pendidikan Malaysia amat berbangga dengan kejayaan ini dan semoga ia menjadi inspirasi kepada semua sekolah di seluruh negara". - Getaran, 17 September 2023
@getaranmy Bangga dengar Negaraku berkumandang! Kumpulan SPWinds dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menyertai International Orchestra Festival & Competition di Barcelona #getaranmy #semasa #beritatiktok #beritaditiktok #beritaviral #trending #berita #negaraku #barcelona #orchestra ♬ original sound - Getaran