Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Caci, Maki Jadi ‘Makanan’ Harian Barisan Hadapan

Terus laksana amanah bagi membendung penularan wabak Covid-19

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 1:32PM

Lebuh Raya Persekutuan menyaksikan SJR diadakan di kedua-dua arah ekoran pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 7 Jun ini. - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Kru Visual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 7 Jun oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini membuatkan ramai rakyat Malaysia menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terutama di media sosial.

Malah, kenyataan perdana menteri yang dibuat hanya melalui siaran akhbar dan bukan secara langsung seperti selalu menyebabkan rakyat negara ini mula menunjukkan tanda mahu memberontak.

Apabila ini berlaku, petugas barisan hadapan terpaksa menerima tempias kemarahan apabila perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan pemerintah.

Situasi itu menjadi bertambah buruk apabila arahan diberikan tidak jelas dan mengundang kekeliruan, khususnya yang membabitkan sekatan jalan raya (SJR).

Walaupun caci maki menjadi makanan harian, amanah yang dipikul petugas barisan hadapan ini tetap dilaksanakan sesungguh hati dengan begitu profesional, walaupun perlu berdepan kesesakan jalan raya, khususnya di kawasan padat pengguna seperti Lebuh Raya Persekutuan.

Bukan sekadar itu, mereka juga terpaksa melayan kerenah pengguna yang ada kalanya begitu mementingkan diri.

Laporan turut menyatakan ada pengguna jalan raya hanya sekadar mahu menghantar baju dan kuih raya merentas negeri tanpa mendapat surat kebenaran daripada polis.

Kesan dari tugas dilakukan, ada berita melaporkan pengguna terpaksa menunggu sehingga tiga jam apabila pihak berkuasa bertindak memeriksa satu persatu kenderaan yang melalui SJR dan ia berlaku di Plaza Tol Sungai Besi baru-baru ini.

Ramai yang hanya tahu mencaci maki, tetapi tidak sedar bahawa hakikatnya, petugas barisan hadapan ini juga manusia biasa yang perlu melaksanakan pelbagai tuntutan, termasuk beribadah, apatah lagi pengumuman PKP itu dibuat ketika masih berada dalam bulan Ramadan.

Berhujan, berpanas, tidak mereka hiraukan demi amanah yang perlu dilaksanakan walaupun tugas berkenaan tidak memungkinkan mereka pergi ke mana-mana.

Ramai juga tidak menyedari, tugas mereka bukan sekadar mengawasi SJR tetapi juga membantu jentera perubatan memutuskan rangkaian COVID-19.

Orang ramai marah kerana tidak dibenarkan pulang ke kampung, tetapi pernahkah mereka terfikir nasib petugas barisan hadapan ini?

Bukan hanya kampung, keinginan beraya bersama anak isteri juga terpaksa dilupakan, demi sebuah tanggungjawab.

Jurufoto Getaran.my Sadiq Asyraf dan Syeda Imran menyelami suka duka dan meninjau petugas barisan hadapan dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. - Getaran, 13 Mei 2021

Pengguna jalan raya disoal secara terperinci di SJR Lebuhraya Persekutuan. - Gambar SADIQ ASYRAF
Pengguna jalan raya disoal secara terperinci di SJR Lebuhraya Persekutuan. - Gambar SADIQ ASYRAF
Kesesakan teruk di kedua-dua arah Lebuhraya Persekutuan di Kota Darul Ehsan membuatkan pengguna jalan raya hilang pertimbangan. - Gambar SADIQ ASYRAF
Kesesakan teruk di kedua-dua arah Lebuhraya Persekutuan di Kota Darul Ehsan membuatkan pengguna jalan raya hilang pertimbangan. - Gambar SADIQ ASYRAF
Pengguna motorsikal tidak terkecuali disoal siasat pergerakan mereka merentas negeri. - Gambar SADIQ ASYRAF
Pengguna motorsikal tidak terkecuali disoal siasat pergerakan mereka merentas negeri. - Gambar SADIQ ASYRAF
Lebih banyak lorong dibuka bagi membolehkan laluan kenderaan lancar dan teratur. - Gambar SADIQ ASYRAF
Lebih banyak lorong dibuka bagi membolehkan laluan kenderaan lancar dan teratur. - Gambar SADIQ ASYRAF
Letih, lapar, penat, dahaga, petugas barisan hadapan terus melakukan tugasan dengan profesional. - Gambar SADIQ ASYRAF
Letih, lapar, penat, dahaga, petugas barisan hadapan terus melakukan tugasan dengan profesional. - Gambar SADIQ ASYRAF
Hujan dan panas tidak dihiraukan dalam memikul tanggung jawab terhadap negara. - Gambar SYEDA IMRAN
Hujan dan panas tidak dihiraukan dalam memikul tanggung jawab terhadap negara. - Gambar SYEDA IMRAN
Pelaksanaan PKP 3.0 seluruh negara menyebabkan pihak berkuasan lebih teliti dalam melepaskan mereka yang ingin merentas negeri. - Gambar SYEDA IMRAN
Pelaksanaan PKP 3.0 seluruh negara menyebabkan pihak berkuasan lebih teliti dalam melepaskan mereka yang ingin merentas negeri. - Gambar SYEDA IMRAN
Tugasan di bulan Ramadan mengajar erti sabar dan toleransi dalam kalangan petugas barisan hadapan di SJR. - Gambar SYEDA IMRAN
Tugasan di bulan Ramadan mengajar erti sabar dan toleransi dalam kalangan petugas barisan hadapan di SJR. - Gambar SYEDA IMRAN
Lebuhraya Persekutuan tidak pernah sunyi dari kenderaan siang dan malam. - Gambar SYEDA IMRAN
Lebuhraya Persekutuan tidak pernah sunyi dari kenderaan siang dan malam. - Gambar SYEDA IMRAN
Ibadah wajib dilakukan walaupun ketika bertugas di mana sahaja dan sudah lumrah kepada petugas barisan hadapan. - Gambar SYEDA IMRAN
Ibadah wajib dilakukan walaupun ketika bertugas di mana sahaja dan sudah lumrah kepada petugas barisan hadapan. - Gambar SYEDA IMRAN
Hanya ketika beribadah, petugas barisan hadapan akan dapat berehat dan lebih tenang. - Gambar SYEDA IMRAN
Hanya ketika beribadah, petugas barisan hadapan akan dapat berehat dan lebih tenang. - Gambar SYEDA IMRAN
Caci dan makian dari pengguna jalan raya dianggap sebagai sebahagian daripada asam garam yang perlu ditempuh sebagai petugas barisan hadapan. - Gambar SYEDA IMRAN
Caci dan makian dari pengguna jalan raya dianggap sebagai sebahagian daripada asam garam yang perlu ditempuh sebagai petugas barisan hadapan. - Gambar SYEDA IMRAN
Ketika rakyat Malaysia sedang bercuti dan berhari raya, petugas barisan hadapan tetap terus teguh di SJR menjalankan amanah. - Gambar SYEDA IMRAN
Ketika rakyat Malaysia sedang bercuti dan berhari raya, petugas barisan hadapan tetap terus teguh di SJR menjalankan amanah. - Gambar SYEDA IMRAN

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Burung Pun Tumpang Tawaf

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 8 jam yang lalu

Jom Kita 'Challenge' Siapa Lagi 'Sado'!

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 20 jam yang lalu

Tau-tau Je Dah Kena Hentam

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

oleh Wartawan Getaran