web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKP Di Seluruh Negara Mulai Rabu - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 8:18PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula Rabu ini hingga 7 Jun sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP itu selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini. 

“Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

“Kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan lebih drastik bagi mengelak negara terjerumus dalam malapetaka kesihatan lebih parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan pelaksanaan PKP itu, Muhyiddin berkata antara larangan dan arahan yang perlu dipatuhi termasuk tiada ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang minggu ini. 

"Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh membuatkan lebih 1,000 jemaah manakala hanya 20 orang bagi masjid dan surau yang berkapasiti kurang daripada 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat," katanya.  

Perdana Menteri berkata operasi rumah ibadah bukan Islam juga akan diperketatkan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenainya akan ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara. 

Selain itu, Muhyiddin berkata majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

Bagi sektor awam, penentuan BDR adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.

Mengenai bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, Muhyiddin berkata ia dihadkan kepada tiga orang termasuk pemandu, manakala bilangan orang dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah berdasarkan lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. 

"Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Sepanjang tempoh PKP ini, Perdana Menteri berkata makan di dalam premis makanan tidak dibenarkan melainkan penjualan makanan secara pandu lalu serta take-away atau bawa pulang.

Mengumumkan semua institusi pendidikan ditutup, Muhyiddin berkata pengecualian diberikan kepada penuntut yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa manakala pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.

Katanya larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk hal-hal kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Muhyiddin berkata semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan.

Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka juga tidak dibenarkan, katanya.

Perdana Menteri berkata bagaimanapun majlis akad nikah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam serta Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.

Selain itu, semua aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Muhyiddin berkata sepanjang tempoh PKP itu, langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Beliau berkata sepanjang tempoh PKP, semua sektor eknomi dibenarkan beroperasi dan SOP terperinci bagi semua larangan serta arahan yang terkandung dalam PKP kali ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam