web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mawar Merah Tanda Kasih Hari Valentine

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 11:00AM

Jambangan bunga ros merah sebagai hadiah simbolik sambutan Hari Valentine - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaimana rasanya menyambut Hari Valentine tahun ini? Adakah anda menerima jambangan bunga atau jambangan sayuran daripada pasangan anda? Kedua-duanya sama mahal kini, kala kos sara hidup semakin meningkat.

Jurugambar kami, Azim Rahman membuat tinjauan sambutan Hari Kekasih di sekitar ibu kota semalam dan sememangnya warga kota yang romantik masih memilih cara tradisional untuk meraikan hari istimewa ini. Ya, dengan bunga ros merah.

'Hotspot' membeli bunga di ibu kota pastilah di Petaling Street dan lokasi meraikan sudah tentu di sekitar Bukit Bintang.

Mari kita karya hasil tinjauan Azim pada Hari Valentine 2023.

Hujan tidak menghalang pasangan kekasih di ibu kota Kuala Lumpur keluar menyambut Hari Valentine
Hujan tidak menghalang pasangan kekasih di ibu kota Kuala Lumpur keluar menyambut Hari Valentine
Memang benar, kasih sayang perlu dihargai sepanjang masa, tapi mengapa tidak, raikannya pada satu hari istimewa
Memang benar, kasih sayang perlu dihargai sepanjang masa, tapi mengapa tidak, raikannya pada satu hari istimewa
Kedai-kedai bunga segar cukup sibuk pada hari ini, menyediakan jambangan bunga kecil dan besar untuk dijadikan hadiah
Kedai-kedai bunga segar cukup sibuk pada hari ini, menyediakan jambangan bunga kecil dan besar untuk dijadikan hadiah
Senyum yang menguntum indah bak bunga mekar di tangan
Senyum yang menguntum indah bak bunga mekar di tangan
Walaupun harga bunga naik pada Hari Valentine, masih ramai yang sanggup berhabis untuk menyambut hari ini
Walaupun harga bunga naik pada Hari Valentine, masih ramai yang sanggup berhabis untuk menyambut hari ini
Bukan hanya untuk kekasih, kini ada banyak pilihan cara meraikan hari Valentine bersama sahabat-handai, atau diri sendiri. Sayangi dirimu!
Bukan hanya untuk kekasih, kini ada banyak pilihan cara meraikan hari Valentine bersama sahabat-handai, atau diri sendiri. Sayangi dirimu!
Tidak cukup dengan hadiah bunga, ada juga belon bentuk hati dihiasi kelip-kelipan
Tidak cukup dengan hadiah bunga, ada juga belon bentuk hati dihiasi kelip-kelipan
Tunjukkan rasa kasih dan cinta kepada pasangan sentiasa, bukan hanya pada hari Valentine sahaja
Tunjukkan rasa kasih dan cinta kepada pasangan sentiasa, bukan hanya pada hari Valentine sahaja
Pelbagai jenama dan syarikat besar turut mengambil kesempatan menyediakan ‘perkhidmatan’ khas pada hari istimewa ini. Lihat sahaja paparan unik di luar pusat beli-belah ini
Pelbagai jenama dan syarikat besar turut mengambil kesempatan menyediakan ‘perkhidmatan’ khas pada hari istimewa ini. Lihat sahaja paparan unik di luar pusat beli-belah ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad