5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE
Berita Terkini
5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE
Semangat Terpuji Anggota Penyelamat Jejak Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali
Video & GaleriDikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 9:48AM
Seorang anggota Bomba bertafakur seorang diri semasa operasi mencari dan menyelamat pada hari kelapan di tapak tanah runtuh Batang Kali. - Gambar oleh Sairien Nafis
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
KUALA LUMPUR - Tempoh sembilan hari yang panjang dan menyayat hati dalam misi mencari mereka yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapah perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, berakhir semalam apabila mayat mangsa terakhir membabitkan kanak-kanak lelaki yang hilang ditemui.
Ketua jurugambar Vibes Sairien Nafis merakam detik kegigihan dan usaha dilakukan anggota mencari dan menyelamat, kebanyakannya daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam misi sukar itu.
Semasa tugasan kedua di lokasi kejadian memasuki hari kelapan pencarian, dia menyaksikan dengan penuh kagum bagaimana pasukan mencari dan menyelamat masih kekal bersemangat tinggi dan bertungkus-lumus menjejaki budak lelaki berusia 11 tahun di bawah timbunan lumpur tebal.
Hari kelapan misi pencarian pada Jumaat lalu yang bermula seawal jam 8 pagi, terpaksa dihentikan sementara waktu kerana hujan kira-kira jam 5 petang.
Operasi itu hanya bersambung semula pada jam 8 malam hingga tengah malam.
Di sebalik keadaan cuaca yang tidak menentu dan tanah becak serta lembab, dia melihat komitmen yang tidak putus-putus daripada anggota mencari dan menyelamat, termasuk beberapa petugas wanita dan turut tidak ketinggalan, anjing pengesan dari unit K9, gigih bekerja tanpa henti.
Kami amat terkesan dengan bencana ini dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
Pada masa sama, seluruh negara juga harus menghargai jasa dan berterima kasih kepada wira tidak didendang yang berkhidmat tanpa jemu dengan keazaman tinggi dalam operasi tersebut.
Mangsa terakhir dilaporkan ditemui petang semalam, menjadikan jumlah kematian seramai 31 orang membabitkan 14 wanita, enam lelaki, tujuh kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.
The Vibes membawakan kepada anda rakaman detik secara dekat operasi pencarian pada Jumaat lalu, ketika anggota bersungguh-sungguh mencari mangsa terakhir yang dipercayai anak lelaki kepada pengusaha kantin SJK (C) Mun Choong yang berusia 11 tahun. - The Vibes, 25 Disember 2022
Anjing pengesan dari unit K9 bekerja keras dalam apa jua keadaan untuk mencari mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota Bomba mencari mangsa terakhir yang hilang, dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember. - Gambar oleh Sairien NafisJengkaut digunakan untuk membantu pasukan penyelamat pada hari kelapan operasi mencari dan menyelamat di lokasi tanah runtuh Batang Kali berhampiran Gohtong Jaya. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota penyelamat memeriksa bangkai kereta yang musnah akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan yang terletak di Father’s Organic Farm di Batang Kali. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota penyelamat menggunakan anak patung beruang yang dipercayai milik mangsa kanak-kanak tragedi tanah runtuh di Batang Kali sebagai motivasi dalam misi menyelamat. - Gambar oleh Sarien NafisSeorang anggota bomba berehat sebentar selepas keletihan mencari mangsa terakhir yang dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. - Gambar oleh Sairin NafisPekerja penyelamat bersatu tak kira umur atau jantina dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm. - Gambar oleh Sairien NafisSeorang anggota tentera mengisi minyak dalam jengkaut yang digunakan dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota bomba bersedia untuk berdepan dengan keadaan berlumpur dalam misi mencari mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm. - Gambar oleh Sairien NafisLampu berkuasa tinggi digunakan untuk menerangi tempat operasi pada waktu malam ketika pencarian mangsa disambung semula pada kira-kira jam 8 malam pada hari Jumaat. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota Bomba dan SMART membawa lampu ke tapak kejadian tanah runtuh untuk menyambung operasi mencari dan menyelamat. - Gambar oleh Sairien NafisDua orang anggota bomba memantau jengakaut mengali tanah untuk mencari mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Sairien NafisSeorang anggota bomba memeriksa timbunan kereta yang musnah akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota penyelamat berdepan dengan keadaan berbahaya dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Sairien NafisKerjasama diantara semua agensi penyelamat penting dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sorotan
1
Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan
2
PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran
3
Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam
4
Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik
5
Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ
6
Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan
Popular Sekarang
Video & Galeri1 hari yang lalu
Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja
Pendidikan1 hari yang lalu
‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry
Semasa1 hari yang lalu
Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan
Politik2 hari yang lalu
PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik
Disyorkan untuk anda
Video & Galeri1 hari yang lalu
Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja