Berita Terkini

48 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI

Tanah Runtuh: Terima Kasih Kepada Pasukan Penyelamat

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 8:56PM

Selepas sembilan hari, pasukan SAR menemui mangsa terakhir di dalam ‘sleeping bag’ dengan kedalaman tanah 1.5 meter pada 4.30 petang ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.

Mereka adalah wira yang bekerja keras dan bertungkus lumus siang malam demi mangsa yang hilang sejak 16 Disember lalu.

Hari usaha keras mereka selama 9 hari itu akhirnya membuahkan hasil selepas mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh hingga 12 tahun telah ditemui.

Dalam keadaan negara bersedih dengan insiden memilukan itu, yang meragut 31 nyawa daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat, namun penghargaan harus diberikan kepada pasukan petugas tersebut yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, JBPM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Semua anggota yang terlibat melebihi 250 orang.

Jurufoto Getaran, Syeda Imran membuat liputan di Batang Kali hari ini dan merakamkan gambar-gambar SAR itu.

Antara anggota Bomba dan polis yang terlibat dalam SAR di Batang Kali.
Antara anggota Bomba dan polis yang terlibat dalam SAR di Batang Kali.
Pasukan penyelamat tiba di lokasi pencarian petang tadi.
Pasukan penyelamat tiba di lokasi pencarian petang tadi.
Anggota penyelamat bersalaman selepas berjaya menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang kali.
Anggota penyelamat bersalaman selepas berjaya menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang kali.
Sidang media bersama oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Suffian Abdullah (kanan) dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Md Wan Ismail.

Sembilan anjing pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.
Sembilan anjing pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.
Meskipun berdepan pelbagai halangan termasuk cuaca hujan, namun pasukan SAR tetap meneruskan pencarian.
Meskipun berdepan pelbagai halangan termasuk cuaca hujan, namun pasukan SAR tetap meneruskan pencarian.
Mayat terakhir dijumpai dalam ‘sleeping bag’ dengan kedalaman tanah 1.5 meter pada 4.30 petang ini.
Mayat terakhir dijumpai dalam ‘sleeping bag’ dengan kedalaman tanah 1.5 meter pada 4.30 petang ini.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 10 jam yang lalu

Dah Takde Tempat Lain Ke Nak Sarung Cincin Tu?

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 15 jam yang lalu

Tiga ‘Lane’ Dia Langkau Tu

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Bawa Laju-Laju Nak Kejar Apa

oleh Wartawan Getaran