web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Seni 'Pacak Bendera', Nampak Mudah Tapi Renyah

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 3:01PM

Tugas 'pacak bendera' mungkin kelihatan mudah namun hakikatnya agak renyah. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari mengundi muncul lagi. Paling dinanti semestinya perang bendera pelbagai parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Walau kedengaran perang bendera kali ini agak hambar, namun kepentingan propaganda dan ideologi yang mampu disalurkan menerusi kibaran bendera, bunting dan kain rentang, terbukti keberkesanannya.

Tidak dinafikan habuan yang bakal menanti petugas-petugas pemasang bendera ini. Perbalahan tentang bayaran dan peluang memasang bendera juga sering kita dengar. Kadangkala sehingga ke rumah pasung.

Pun begitu, apa yang jelas kerja 'pacak bendera' atau pemasangan bendera ini bukanlah kerja mudah. Mari ikuti prosesnya di Kuala Triang, Pahang yang sempat dirakam lensa kamera Jurugambar Getaran, Syeda Imran.

Sufri Imran antara pemasang bendera Perikatan Nasional di Kuala Triang. - Gambar oleh Syeda Imran
Sufri Imran antara pemasang bendera Perikatan Nasional di Kuala Triang. - Gambar oleh Syeda Imran
Petugas pemasang bendera menajamkan hujung batang kayu sebelum memacak bendera. - Gambar oleh Syeda Imran
Petugas pemasang bendera menajamkan hujung batang kayu sebelum memacak bendera. - Gambar oleh Syeda Imran
Kayu khusus dipilih sebaiknya lurus dan tidak terlalu tebal. - Gambar oleh Syeda Imran
Kayu khusus dipilih sebaiknya lurus dan tidak terlalu tebal. - Gambar oleh Syeda Imran
Pemasang bendera lazimnya menjalankan kerja memacak bendera pada lewat malam. - Gambar oleh Syeda Imran
Pemasang bendera lazimnya menjalankan kerja memacak bendera pada lewat malam. - Gambar oleh Syeda Imran
Sekumpulan petugas pemasang bendera khusyuk memastikan kerja mereka kukuh dan kemas. - Gambar oleh Syeda Imran
Sekumpulan petugas pemasang bendera khusyuk memastikan kerja mereka kukuh dan kemas. - Gambar oleh Syeda Imran
Perikatan Nasional cukup sinonim dengan kain rentang jenis panjang dan proses memasangnya juga agak rumit. - Gambar oleh Syeda Imran.
Perikatan Nasional cukup sinonim dengan kain rentang jenis panjang dan proses memasangnya juga agak rumit. - Gambar oleh Syeda Imran.
Sejumlah bendera yang telah sedia untuk dipasang petugas-petugas di lokasi strategik sekitar Kuala Triang. - Gambar oleh Syeda Imran
Sejumlah bendera yang telah sedia untuk dipasang petugas-petugas di lokasi strategik sekitar Kuala Triang. - Gambar oleh Syeda Imran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad