web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasser’s Kitchen @ Getaran Ep. 6: Club Sandwich

Video & Galeri Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 1:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi hidangan kegemaran ramai yang cukup menyelerakan dari dapur Nasser’s Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK CLUB SANDWICH

Bahan-Bahan

3 keping Roti (1 sandwich)

300g daging ayam

3 keping daging streaky beef

1 biji telur

1 biji buah tomato

100g daun salad

1 keping keju singles

Mayonis

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil lada putih Aji-Shio

¼ sudu kecil herba thyme

Minyak zaitun atau minyak masak

4 batang pencungkil gigi

Kaedah

1. Goreng dan balikkan telur. Ketepikan dahulu.

2. Perapkan ayam dengan garam, lada putih, thyme dan minyak untuk 30-45 minit.

3. Setelah diperap goreng ayam bahagian kulit dibawah dahulu. Goreng hingga garing untuk 6-8 minit sehingga masak dan ketepikan.

4. Goreng kepingan daging streaky beef dengan sedikit minyak sehingga garing. Keringkan minyak dengan kertas tisu dapur dan ketepikan dahulu.

5. Setelah ayam direhatkan dan sejuk sedikit, hiris ayam dalam bentuk kepingan yang panjang.

6. Bakarkan roti.

7. Sapukan kepingan pertama dengan sedikit mayonis. Letakkan telur goreng sebagai lapisan pertama.

8. Kemudian letakkan kepingan ayam dan diikuti satu keping keju singles.

9. Sapukan mayonis pada kepingan roti kedua dan letakkan bahagian mayonis kebawah.

10. Lapiskan dengan kepingan daging lembu yang telah digoreng, kepingan tomato dan daun salad.

11. Sapukan mayonis pada kepingan roti ketiga dan letakkan bahagian mayonis kebawah dan tekan supaya sandwich menjadi leper sedikit dan tidak terlalu tebal.

12. Untuk mengelakkan kandungan sandwich terburai semasa dimakan, kita gunakan pencungkil gigi. Sandwich akan dipotong 4 , jadi  gunakan 4 batang pencungkil gigi.

13. Gunakan pisau bergigi untuk memotong sandwich.

14. Club sandwich boleh dihidangkan dengan kentang goreng.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 18 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad