web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peniaga Pasar Awam Kembali 'Bernafas'

Video & Galeri Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 3:42PM

Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membeli barang di Pasar Jalan Raja Bot, di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena cuti hujung minggu, pasar-pasar awam di Lembah Klang, dipenuhi dengan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli barang-barang terutama barang basah. 

Antara yang menjadi tumpuan adalah Pasar Jalan Raja Bot atau sebelum ini dikenali sebagai Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur.

Pada Mei tahun lalu, pasar ini pernah dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) Diperkasakan.

Namun kini, apabila Lembah Klang beralih kepada Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam, ia sekurang-kurangnya memberikan lebih banyak kelongggaran kepada peniaga untuk menjalankan operasi mereka.

Bagaimanapun, di sebalik kelonggaran itu, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) tidak seharusnya dipandang ringan.

Jurufoto Sadiq Asyraf mengadakan tinjauan di Pasar Jalan Raja Bot dan merakamkan aktiviti pagi peniaga di situ.

Bahagian barang basah merupakan antara tumpuan pembeli di Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.
Bahagian barang basah merupakan antara tumpuan pembeli di Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.
Walau dalam apa keadaan pun, semua pihak perlu memastikan SOP dipatuhi bagi mengekang jangkitan COVID-19.
Walau dalam apa keadaan pun, semua pihak perlu memastikan SOP dipatuhi bagi mengekang jangkitan COVID-19.
Apabila kawasan Lembah Klang beralih kepada Fasa 3, PPN, ia memberikan kelegaan kepada peniaga selepas sekian lama perniagaan mereka terjejas akibat PKP.
Apabila kawasan Lembah Klang beralih kepada Fasa 3, PPN, ia memberikan kelegaan kepada peniaga selepas sekian lama perniagaan mereka terjejas akibat PKP.
Peniaga pisang ini sedang menyusun pisang sambil menunggu kedatangan pelanggan di gerainya di dalam Pasar Jalan Raja Bot.
Peniaga pisang ini sedang menyusun pisang sambil menunggu kedatangan pelanggan di gerainya di dalam Pasar Jalan Raja Bot.
Pembeli yang mengunjungi Pasar Jalan Raja Bot mempunyai banyak pilihan kerana pelbagai jenis barang boleh diperolehi di situ.
Pembeli yang mengunjungi Pasar Jalan Raja Bot mempunyai banyak pilihan kerana pelbagai jenis barang boleh diperolehi di situ.
Kehadiran pelanggan memberikan suntikan semangat kepada peniaga yang sebelum ini beberapa bulan tidak berniaga disebabkan PKP.
Kehadiran pelanggan memberikan suntikan semangat kepada peniaga yang sebelum ini beberapa bulan tidak berniaga disebabkan PKP.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 23 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad