Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Thebakinglawyer, Antara 'Fancy Cookies' Dan Dunia Guaman

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:37PM

Biskut mentega yang dihasilkan oleh Aida Husna dijual pada harga RM4.50 mengikut kepingan saiz dan jenis dekorasi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Asalnya sekadar suka-suka, namun aktiviti yang dianggap sebagai terapi minda itu akhirnya menjadi pencetus rezeki seorang peguam muda, apabila setiap koleksi dihasilkan menerima sambutan hangat .

Penubuhan thebakinglawyer oleh Aida Husna Ruslan, 35, sebenarnya adalah manifestasi terhadap kecintaannya dalam dunia pembuatan kuih, atau lebih tepat lagi biskut mentega.

Menjadikan fancy cookies sebagai fokus utama, ibu kepada dua cahaya mata itu puas, apabila rekaan comelnya menepati citarasa dan kehendak pelanggan.

“Saya memilih fancy cookies, kerana ia memerlukan memerlukan konsentrasi penuh, selain bentuknya comel dan cantik yang memberi kepuasan tersendiri apabila disiapkan.

“Tugasan hakiki sebagai peguam sepenuh masa di sebuah syarikat di Pahang hanya membenarkan perniagaan ini dijalankan secara sambilan, justeru saya memilih aktiviti yang tidak renyah atau susah,'' katanya kepada Getaran.

Aida Husna Ruslan
Aida Husna Ruslan

Berkongsi rahsia di sebalik pilihan nama bisnes uniknya itu, Aida Husna berkata, beliau bertugas sebagai peguam di Pahang, iaitu negeri kelahirannya selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Nama tersebut katanya, lahir dari gabungan kedua-dua bidang yang amat dicintainya itu.

Ditanya bagaimana idea dan tema hiasan dekorasi biskut diperoleh, wanita itu tanpa malu mengakui, laman sosial negara luar banyak memberikan ilham, apatah lagi konsep ditampilkan sering menepati citarasa terkini pelanggan.

“Idea asas diperoleh menerusi media sosial itu saya akan olah semula bagi menghasilkan rekaan mengikut kesesuaian hiasan atau tema biskut.

“Anak-anak saya pun selalu memberi inspirasi sebab mereka ada 1001 idea menarik, tinggal lagi saya hanya perlu ‘menterjemahkan’ idea mereka ke atas biskut,” katanya yang akan mengumpul tempahan pelanggan lebih awal untuk disiapkan pada hujung minggu dan waktu malam, usai tugas di pejabat.

Aida Husna menarik perhatian, biskut thebakinglawyer sarat dengan keunikan tersendiri, malah tiada kompromi dari aspek kualiti, selaras dengan pemilihan bahan digunakan.

“Saya sememangnya menggunakan bahan premium, namun harga yang ditawarkan masih mampu milik,” katanya tersenyum, sambil menambah, penubuhan thebakinglawyer pada peringkat awal tidak sunyi daripada cabaran.

“Banyak juga cabaran sebab fancy cookies di Malaysia adalah cabang baharu dalam bidang baking dan memerlukan sedikit masa untuk diterima masyarakat kerana kebanyakan orang lebih suka kek, brownies dan kuih muih.

“Pada peringkat awal saya mempunyai masalah untuk mendapatkan pelanggan, tetapi berkat kesabaran dan usaha berterusan saya mempromosikan serta mengiklankan bisnes ini di Facebook dan Instagram, sambutan diterima semakin menggalakkan, malah kerap mendapat tempahan daripada pelanggan berulang,” katanya.

Aida Husna berkata, bagi memastikan pengendalian bisnes dijalankan itu lancar dan memuaskan hati kedua-dua pihak, dia turut menerapkan ilmu dipratikkannya sebagai peguam, iaitu mengadakan elemen ‘kontrak’ ketika berurusan dengan pelanggan.

“Bagi mengelakkan sebarang konflik atau permasalahan membabitkan kedua-dua pihak, biasanya semua permintaan atau persetujuan kami akan dinyatakan dalam e-borang yang disediakan khas untuk pelanggan thebakinglawyer,” katanya.

Berhubung kumpulan sasaran pula Aida Husna berkata, tiada kategori tertentu diterapkan kerana mahu bersikap adil dan memberi peluang kepada semua orang merasai pengalaman menyeronokkan untuk menikmati atau mendapatkan dekorasi biskut mengikut idea mereka sendiri.

“Apa yang penting bagi saya adalah apabila pelanggan gembira dan puas hati melihat hasil biskut dibakar mengikut dekorasi idea mereka, malah bagi saya produk thebakinglawyer adalah untuk semua lapisan masyarakat, tak kira umur, bangsa serta jantina.

“Disebabkan itu juga saya menawarkan perkhidmatan ini di media sosial kerana mudah diakses semua, iaitu di Facebook dan Instagram dengan kedua-dua platform terbabit menggunakan nama thebakinglawyer,” jelasnya.

Katanya, setiap kepingan biskut bermula pada harga RM4.50 mengikut kepingan saiz dan jenis dekorasi dipilih.

“Dalam apa juga perkara dilakukan, perlu ada minat, kerajinan dan konsistensi. Kena berani mengambil risiko, terutamanya dalam meneroka bidang atau teknik baharu,” katanya, mengakhiri perbualan. – Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

4

Semasa 2 minggu yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM