Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Bekas graduan Institut Kraf Negara ini sedia berkongsi ilmu, kemahiran bagi memastikan seni anyaman rotan tidak pupus ditelan zaman

Usahawan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 5:12PM

Nur Fitrah Mohd Azizi menunjukkan sebahagian kraf rotan yang dihasilkannya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Minat yang mendalam terhadap seni kraftangan mendorong seorang suri rumah menghasilkan barangan rotan untuk dijual, sehingga mampu memberi pulangan pendapatan kepadanya.

Nur Fitrah Mohd Azizi, 32, berkata dia telah didedahkan dengan dunia seni kraftangan sejak kecil lagi, memandangkan ibunya Malati Baharom, 54, dan arwah neneknya, Sarah Dita adalah pengusaha kraftangan mengkuang.

Wanita yang berasal dari Alor Gajah, Melaka itu berkata, pengaruh daripada dua insan kesayangannya itu membuatkan dia juga mula menghasilkan barangan kraftangan daripada mengkuang sejak berusia 14 tahun lagi.

"Pada mulanya saya hanya minat menghasilkan produk mengkuang sebab daripada kecil lihat emak dan nenek anyam mengkuang. Namun, apabila saya melanjutkan pelajaran ke Institut Kraf Negara (IKN), di sana tiada kursus berkaitan mengkuang yang ditawarkan.

"Saya diberi pilihan untuk memilih bidang lain seperti batik, ukiran kayu dan sebagainya jadi saya memilih rotan kerana cara menghasilkan barangan rotan dan mengkuang hampir sama. 

"Lama-kelamaan minat terhadap kraftangan rotan pun timbul," katanya ketika ditemui BERNAMA di kediamannya di Bukit Payong di sini.

Ketika menamatkan pengajian di IKN pada 2013, ibu kepada tiga anak itu mula menghasilkan pelbagai barangan rotan seperti bakul, tudung saji, kerusi dan dulang makanan secara kecil-kecilan di rumahnya.

Kini, Nur Fitrah sudah boleh tersenyum bangga kerana perusahaan produk rotannya semakin dikenali dan pelanggannya terus bertambah sehingga mampu menjana pendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan, terutama menjelang musim perayaan.

"Kesemua barangan saya jual pada harga antara RM3 hingga RM250. Masa yang diambil untuk hasilkan barangan pula antara sehari hingga tiga hari. Harga dan masa yang diambil bergantung kepada saiz dan kerumitan menghasilkan sesuatu produk," katanya. 

Selain membuka gerai kecil di hadapan rumahnya, Nur Fitrah turut memasarkan produknya menerusi siaran langsung dalam aplikasi TikTok dengan menggunakan akaun Fitrah Fifie Kraftangan yang mempunyai lebih 25,000 pengikut dan produknya ditempah oleh pelanggan dari seluruh negara.

Katanya, dia bersyukur kerana perusahaan rotannya itu mendapat sokongan daripada suami Mohamad Yacob Abdul Rashid, 36, yang bekerja sebagai pengukir kayu.

"Suami sangat memahami minat saya berniaga barangan rotan ini. Dia juga faham meskipun saya seorang suri rumah, dia juga perlu membantu saya menguruskan rumah tangga kerana saya sibuk menghasilkan produk, membungkus barangan yang ditempah pelanggan untuk dipos dan membuat live di TikTok pada setiap pagi Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya.

Selain itu, dia juga bersyukur kerana sentiasa menerima bimbingan dan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu yang turut membekalkannya bahan mentah rotan.

"Alhamdulillah, Kraftangan (Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia) pun banyak membantu seperti menyediakan kursus untuk usahawan seperti saya meningkatkan kemahiran. 

"Malah, setiap kali selepas kursus saya diberikan bekalan rotan. Jadi, jimat sikit kos saya untuk beli bahan mentah," katanya yang turut mendapatkan rotan daripada pembekal tempatan.

Nur Fitrah sentiasa memasang impian untuk memiliki bengkel sendiri satu hari nanti kerana ingin mewujudkan persekitaran selesa buat dia dan pelanggan memandangkan kini dia menghasilkan dan mempamerkan produk di rumahnya sahaja.

Selain itu, dia juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari atau menjalani latihan praktikal penghasilan kraftangan rotan dengannya bagi memastikan industri seni itu tidak hilang ditelan arus kemodenan. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

oleh Alfian Z.M. Tahir

Usahawan 1 hari yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Ekonomi 1 jam yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

oleh Rafisqi Radhi