Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PAI Berhad Tawarkan Pulangan Saham Sehingga 12 Peratus Setahun

Usahawan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 3:04PM

Majlis Pelancaran ‘Information Memorandum’ Ketiga PAI Berhad di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Syarikat Precious Amber International (PAI) Berhad menawarkan RM600 juta Saham Keutamaan (Preference Share) boleh tebus dengan kadar pulangan atau dividen antara 10 hingga 12 peratus setahun bagi tempoh selama lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif PAI Berhad, Nur Arina Azreen Abdul Basher berkata, pihaknya juga membuka peluang kepada mana-mana pelabur di Malaysia yang ingin menjadi sebahagian daripada pemegang saham untuk mengembangkan perniagaan pelaburan patuh syariah ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Nur Arina, syarikatnya mempunyai rekod prestasi yang menunjukkan pencapaian luar biasa sepanjang tempoh lima tahun sejak penubuhannya pada 2019.

“Pada Januari 2020, syarikat kami telah memulakan penerbitan dana pertama sebanyak RM60 juta dalam bentuk Redeemable Preference Share (RPS).

“Kemudian, pada Oktober 2020, kami telah menghasilkan laporan audit yang pertama dengan menunjukkan pendapatan kasar sebanyak RM2.85 juta dan keuntungan sebanyak RM 321,000.

“Pada Jun 2021, PAI Berhad mengumumkan bahawa penawaran RPS sebanyak RM60 juta kepada pelabur telah berjaya dilanggan sepenuhnya. Kejayaan ini adalah hasil daripada sokongan besar yang diterima daripada pelabur- pelabur yang telah percaya terhadap pelan perniagaan ini,” katanya kepada Getaran.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran ‘Information Memorandum’ Ketiga PAI Berhad di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif PAI Berhad, Nur Arina Azreen Abdul Basher.
Ketua Pegawai Eksekutif PAI Berhad, Nur Arina Azreen Abdul Basher.

Pada bulan Julai 2021, syarikat PAI Berhad telah melancarkan penerbitan kedua dalam bentuk ‘Islamic Redeemable Preference Share’ sebanyak RM300 juta.

Ia juga adalah berdasarkan kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pelabur sedia ada.

“Hal ini memungkinkan ia untuk terus berkembang dan memperluaskan pelan perniagaan. Dalam laporan audit yang kedua pada Oktober 2021, ia telah mengumumkan pendapatan kasar sebanyak RM5.02 juta dan keuntungan sebanyak RM 922,000.

“Sebanyak 90 peratus RPS telah berjaya ditebus sepenuhnya pada 2022. Dalam laporan audit yang ketiga pada bulan Oktober 2022, mereka mengumumkan pendapatan kasar sebanyak RM5.22 juta dan keuntungan sebanyak RM 748,000. Hingga kini, hampir RM100 juta telah berhasil dikumpulkan melalui RPSi,” katanya.

PAI Berhad juga telah mengumumkan bahawa dana pertama syarikat berkenaan telah mencapai jangka matang malah berhasil melaksanakan pembelian semula saham keutamaan daripada pemegang saham.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha mereka bagi memenuhi komitmen kepada pelabur dan menyokong pertumbuhan syarikat.

“Menyedari akan kepentingan perlindungan modal pelaburan buat pelabur, syarikat ini juga menawarkan perlindungan modal kepada pemegang saham melalui takaful yang dilaksanakan melalui syarikat insurans yang berperanan.

“Syarikat ini juga memperoleh insurans tanggungjawab profesional dan polisi takaful bagi perniagaan pengurusan pelabur dan ekuiti swasta sebagaimana yang diwajibkan bawah Akta Perkhidmatan Kewangan,” katanya.

Sementara itu, Nur Arina juga menggesa kepada mana-mana pelabur agar lebih berhati-hati ketika membuat sebarang pelaburan terutama dengan institusi yang menawarkan pulangan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

Ia bagi mengelakkan daripada ditipu oleh syarikat yang sengaja mengaut keuntungan serta mengambil kesempatan dengan menawarkan ‘Skim Cepat Kaya’.

“Berbeza di PAI Berhad, kami memang ada lesen yang sah malah syarikat kami juga berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Alhamdulillah, setakat ini semula pelabur yang pernah meletakkan saham mereka bawah jagaan dan selian syarikat kami telah menerima kadar keuntungan yang telah ditetapkan tanpa gagal. Malah mengikut piawaian yang telah ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, majlis pelancaran  memorundum tersebut dirasmikan oleh Datuk Dr Yasmin Mahmood bersama Ketua Pegawai Kewangan PAI Berhad, Halimaton Najiehan Mohd Husin serta Ketua Pegawai Operasi Mas Shamimi Adanan Sukri.

Nur Arina berkata, program berkenaan bertujuan memberikan penerangan serta maklumat yang mendalam mengenai pelaburan, strategi pelaburan yang terkini, serta potensi pulangan yang menarik kepada individu mahupun korporat yang berminat dalam pelaburan yang konstruktif dan menguntungkan.

“PAI Berhad akan terus memastikan serta berusaha untuk mengembangkan produk-produk yang inovatif dan mengikut trend, menjadikan mereka sebagai pemimpin dalam sektor Saham Keutamaan Patuh Syariah Syarikat serta mempunyai prestasi yang dipercayai dan baik bagi mendapatkan kepercayaan pelabur dalam dan luar negara.

“Syarikat kami telah menerajui dalam pembuatan Saham Keutamaan Patuh Shariah atau ‘Islamic Preference Share di Malaysia dan kami juga sangat berdedikasi untuk mencipta peluang pelaburan yang selaras dengan prinsip - prinsip syariah. Hal ini menjadikan PAI Berhad sebagai pencetus utama dalam perkembangan pasaran modal Islam di Malaysia,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2023

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat