web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persatuan PKS Malaysia Sokong Langkah Kerajaan Tak Laksana PKP Penuh

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 3:07PM

Persatuan PKS Malaysia menyifatkan pelaksanaan PKP penuh pada masa ini akan menyebabkan 40 peratus PKS terpaksa ditutup. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh mendapat sokongan pihak dewan perniagaan, industri serta persatuan perusahan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden Kebangsaan, Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang berkata pelaksanaan PKP penuh pada masa ini akan menyebabkan 40 peratus PKS terpaksa ditutup dan banyak syarikat multinasional memindahkan operasi pembuatan mereka ke negara lain.

“Dua juta orang dijangka kehilangan pekerjaan dan mata pencarian jika PKP penuh itu dilakukan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahad lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan PKP sepenuhnya akan menyebabkan negara berkemungkinan memerlukan sehingga setengah trilion ringgit bagi membantu rakyat dan merangsang semula ekonomi negara, yang Malaysia tidak mampu buat masa ini.

Memuji Muhyiddin atas keputusannya yang berani, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) menjelaskan perdana menteri menyedari bahawa kegiatan ekonomi menjana hasil yang diperlukan kerajaan untuk melindungi nyawa dengan memastikan kemudahan perubatan, vaksin, bantuan kewangan, dan pekerjaan yang berterusan untuk rakyat.

Pertubuhan itu juga menambah, kajian kes menunjukkan PKP penuh bukan satu jalan penyelesaian kerana ia menjejaskan mata pencarian ramai dan hanya mengekang virus daripada menjangkiti pekerja menjalani sekatan di asrama mereka.

Sebenarnya, tempat kerja merupakan yang paling selamat kerana perniagaan boleh mengawal prosedur operasi standard (SOP) selain tidak ada perniagaan yang sengaja melakukan aktiviti bukan SOP yang akan mempertaruhkan kedudukan perniagaan masing-masing, jelasnya.

Susulan 7,289 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan Malaysia pada Selasa, Industries Unite pula menjelaskan penting untuk negara ini mengelakkan reaksi 'tersentak' yang disebabkan kebimbangan.

“Kerajaan mempunyai data yang diperlukan, dan kami menyokong setiap langkah untuk mengimbangi kehidupan, mata pencarian dan kepentingan nasional.

“Kami menyokong keputusan yang mengutamakan kebajikan orang ramai secara keseluruhannya berdasarkan sains dan data yang tepat,” jelas Industries Unite, gabungan lebih 110 kumpulan perniagaan.

Ia juga menggesa kerajaan supaya mempercepat proses vaksinasi dan melakukan tindakan yang diperlukan untuk mengurangkan kesan PKP ke atas kehidupan rakyat dan perniagaan. - Bernama

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?