web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajah Seiras Aktor Vin Diesel Jadi Tarikan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

Berasal dari Mesir, bapa tunggal dua anak yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu namun kurang fasih itu berkata sudah setahun dia menetap di negara ini dan Ramadan kali ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai bazar tersebut.

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:53AM

Seorang peniaga kunafa yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal filem 'Fast and Furious', Vin Diesel menjadi tarikan kepada orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan di Johor Bahru - Gambar AFP dan tangkapan layar video TikTok @flamjars

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga kunafa yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal filem Fast and Furious, Vin Diesel menjadi tarikan kepada orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini.

Berpenampilan botak dan bertubuh sasa, melihat gaya berjalan Mohamed Ahmed Mahmoud Shokr, 39, dari keretanya sambil membawa barangan jualan makanan Timur Tengah itu menuju ke gerainya, tidak ubah seperti watak Dominic Toretto atau Dom dalam filem berkenaan.

Berasal dari Mesir, bapa tunggal dua anak yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu namun kurang fasih itu berkata sudah setahun dia menetap di negara ini dan Ramadan kali ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai bazar tersebut.

"Saya menonton kesemua filem aksi Fast and Furious dan sangat mengagumi bakat aktor Amerika Syarikat itu, tidak sangka pula ramai yang menyatakan wajah saya mirip pelakon terkenal tersebut sehingga tular di media sosial.

"Syukur dan gembira kerana saya merasakan itu juga antara rezeki saya berniaga di sini dan sepanjang berniaga di bazar Ramadan ini, kira-kira RM400 hingga RM600 hasil jualan kunafa dapat saya raih setiap hari," katanya kepada pemberita selepas ditemui di bazar berkenaan, petang semalam.

Mohamed Ahmed yang bekerja sebagai jurulatih kick boxing di bandar raya itu berkata kebanyakan pelanggan yang membeli kunafa berharga RM10 sekeping itu adalah golongan wanita selain mereka turut meminta untuk berswafoto dengannya.

Terdahulu tular video berdurasi 14 saat memaparkan seorang lelaki botak dan bertubuh sasa, memakai baju berkolar putih yang ketat sedang menjual kunafa di sebuah gerai di bazar berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan