Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Balik Kampung Tanam Jagung, Dua Juruterbang Usaha Kebun Kapten

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 12:53PM

Abd. Hanif dan Narulbashah mengusahakan jagung di Kebun Kapten, di Seri Menanti. - Gambar oleh Mustafa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI MENANTI  – Frasa ‘balik kampung tanam jagung’ sering digunakan sebagai sendaan bagi menggambarkan individu yang pulang ke kampung selepas gagal meneruskan kehidupan di ibu kota, dan dua juruterbang tidak menyangka, ia akhirnya benar-benar terjadi ke atas mereka.

Ketika industri penerbangan dunia berdepan ancaman COVID-19, ia membawa kepada kesuraman, khususnya selepas sekatan perjalanan dan penutupan sempadan dilaksanakan bagi membendung penularan virus berasal dari Wuhan, China itu.

Ia membawa mimpi buruk kepada sektor berkenaan, termasuk syarikat penerbangan utama dunia yang terpaksa mengambil langkah akhir dengan memberhentikan sejumlah besar petugas bagi menjamin kelangsungan syarikat.

Ada juga barisan tenaga kerja diarah untuk bercuti tanpa gaji daripada tugas masing-masing, manakala majoriti lapangan terbang juga kelihatan sunyi dan sepi, tidak meriah seperti sebelumnya.

Ketika ketika beberapa sektor dan industri lain mula menampakkan sinar baharu atau pulih sepenuhnya, keadaan sebaliknya berlaku untuk sektor itu, yang masih belum menampakkan sebarang tanda untuk kembali gemilang, sekurang-kurangnya sehingga 2024.

Atas dasar ini, dua sahabat berkenaan bangkit memulakan kehidupan baru dengan bergelar usahawan pertanian, mengkhusus kepada penanaman jagung, selepas sekian lama terbang tinggi di awan biru.

Kapten Abd. Hanif Abd. Malek (kiri) dan Kapten Narulbashah Ramli.
Kapten Abd. Hanif Abd. Malek (kiri) dan Kapten Narulbashah Ramli.

Berkongsi pengalaman, Kapten Abd Hanif Abd Malek, 54,  dan rakan seperjuanganya Kapten Narulbashah Ramli, 48, kini mengusahakan ladang jagung, dikenali sebagai Kebun Kapten di sini.

Tidak pernah membayangkan kerjaya yang dibina selama berpuluh tahun akan  terjejas, kedua mereka ini menganggap ia sebagai satu ujian.

“Selama ini saya tidak pernah terfikir bahawa kerjaya saya akan terjejas. Sejak industri penerbangan mula beroperasi 200 tahun lalu, tidak pernah ada pandemik yang berjaya melumpuhkan hampir keseluruhan dunia di muka bumi Allah.

“Tetapi, sejak Mac tahun lalu apabila menerima khabar mengenai virus COVID-19, saya dan rakan seperjuangan lain terkejut. Dalam masa yang sama, walaupun diarahkan bercuti tanpa gaji, saya cuba mencari peluang lain dan menceburkan diri dalam bidang pertanian,” katanya kepada Getaran, ketika ditemui di Kebun Kapten di sini.

Narulbashah yang juga merupakan rakan seperjuangan beliau, turut berkongsi kisah duka yang sama.

Namun jelasnya, kehidupan perlu diteruskan  apabila pendapatannya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan terputus akibat pandemik COVID-19.

“Saya akur dengan ujian dan hikmah yang datang melanda kami semua terutama, mereka yang terlibat dengan syarikat penerbangan.

“Ada kala saya rasa rindu dengan kerjaya sebagai juruterbang, tetapi ini semua kuasa Allah. Jadi saya tidak boleh terus jatuh terduduk, kerana saya ada keluarga untuk ditanggung”, ujar Narulbashah yang telah berkhidmat sebagai juruterbang selama 25 tahun.

Sementara itu, Hanif yang pernah melanjutkan latihan penerbangan di sekolah Cessnock Flying New South Wales Australia dan memiliki pengalaman sebagai juruterbang lebih 30 tahun berkata, beliau tidak menyangka sinar mentari akan muncul selepas hujan.

Menjadikan frasa ‘balik kampung tanam jagung’ sebagai satu gurauan pada permulaannya, siapa menyangka beliau dan rakan baiknya itu benar-benar bergelar penanam jagung pada akhirnya.

“Selepas beberapa minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan dan buntu bagaimana mahu cari sumber pendapatan, idea untuk mula berjinak dalam pertanian tercetus,” katanya.

Ditanya mengenai pendapatan dihasilkan, Narulbashah, graduan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Birmingham, United Kingdom dan penuntut sekolah penerbangan Prestwick, Scotland itu berkata, pada permulaan, beliau kerugian hampir 80 peratus daripada hasil tanaman pertamanya.

“Di awal permulaan kami seperti bidan terjun, semua perkara kami lakukan tanpa mengikuti kursus tanaman, sehingga menyebabkan kami kerugian lebih 80 peratus tanaman hasil yang pertama,” jelas beliau.

Dua jenis jagung yang ditanam di Kebun Kapten di Seri Menanti.
Dua jenis jagung yang ditanam di Kebun Kapten di Seri Menanti.


Menyedari akan kesilapan itu, Narulbashah dan Hanif berkata, untuk tanaman seterusnya mereka akan memastikan tanaman jagung yang diusahakan membuahkan hasil.

“Tanaman jagung musim kedua ini kami akan pastikan ia membuahkan hasil. Setakat ini sudah ada tanda bahawa hasil yang akan kami peroleh nanti meningkat empat kali ganda dari yang pertama.

“Saya memilih tanaman jagung kerana, hasil yang diperolehi lebih  cepat berbanding tanaman lain. Setakat ini, kami tanan dua jenis pokok jagung iaitu  jagung manis serta jagung ungu atau dikenali sebagai King Purple.” kata Narulbashah.

Mahu terus berbudi pada tanah, kedua-dua juruterbang ini merancang untuk memperluaskan kawasan ladang bagi meningkatkan pengeluaran dan hasilnya, sekali gus membolehkan mereka meneroka pasaran luar negara. – Getaran, 2 April 2021

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Pertanian Jitu Dan Internet Of Things: Masa Depan Keselamatan Makanan Malaysia

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Skop LPNM Diperluas, Tingkat Produktiviti Komoditi Bernilai Tinggi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini