Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuba Yang Baharu, Snek Untuk Ahli Sukan Keluaran Tempatan

Usahawan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 4:57PM

Pengasas Hutan Ration Powerfood (HRP), Jazrul Fuad menunjukkan produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu atlet atau golongan yang minat bersukan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Memandangkan tidak banyak produk makanan untuk ahli sukan dihasilkan oleh usahawan tempatan, Hutan Ration Powerfood (HR) menjadikan faktor itu bagi membantu atlet mahupun golongan yang minat bersukan mendapatkan snek segera dan sihat.

Pengasas dan Pengarah Urusan HR, Jazrul Fuad berkata oleh itu, pihaknya mengeluarkan produk pembekal tenaga segera namun, untuk memasarkannya bukanlah usaha yang mudah kerana terpaksa bersaing dengan produk seumpamanya dari luar negara yang telah mempunyai jenama kukuh dalam pasaran.

Beliau berkata sebagai sebuah syarikat kecil yang baru ‘bertatih’ dalam dunia perniagaan, bantuan atau khidmat nasihat untuk pelbagai aspek amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan dan kemajuan di masa hadapan.

Justeru, beliau amat berterima kasih kepada Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) yang membantu Hutan Ration membina strategi dan meluaskan prospek produk kepada pasaran luar.

“Apabila pandemik COVID-19 melanda, jualan memang sangat terkesan kerana produk kami asasnya snek untuk ahli sukan, tetapi aktiviti sukan pula dihentikan sepenuhnya dalam tempoh itu.

“Kami amat perlukan bantuan daripada segi bimbingan untuk bina kembali strategi perniagaan dan juga menembusi pasaran lebih luas di luar sana," katanya ketika ditemui Bernama di kilang Hutan Ration yang terletak di Kawasan Perindustrian Gong Badak di sini baru-baru ini.

Menceritakan detik awal perniagaan, Jazrul yang mempunyai latar belakang dalam bidang ekonomi berkata, beliau mula mengusahakan produk pembekal tenaga segera atau bar tenaga pada 2016 secara kecil-kecilan di kediamannya di Kuala Lumpur.

Sambutan baik serta maklum balas positif yang diterima daripada kalangan rakan dan pelanggan mendorongnya mengusahakan produk tersebut pada skala lebih besar di premis kilang di Terengganu, katanya.

“Saya bermula dengan produk bebola protein dan 'energy bar' yang terdiri daripada lapan jenis perisa.

“Bagaimanapun selepas mengkaji keperluan dan permintaan pasaran, kami perkenalkan produk baharu granola yang juga didatangkan dalam pelbagai perisa," katanya.

Granola merupakan sejenis sarapan yang mengandungi bijirin, kekacang, bijian dan buah-buahan kering seperti juga muesli.

Bagaimanapun, granola dipanggang dalam oven dan biasanya mengandungi pemanis tambahan seperti madu atau sirap manakala muesli dimakan mentah dan dimaniskan dengan buah-buahan kering sahaja.

Jazrul berkata HR mengeluarkan kira-kira 20,000 pek snek bar sebulan.

Produk keluaran HR mendapat pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding produk serupa di pasaran selain dihasilkan daripada bahan mentah bergred premium, segar dan berkualiti tinggi namun dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM8 hingga RM30, katanya.

Beliau berkata lebih 90 peratus bahan mentah seperti badam, oat, kekacang dan kurma diimport daripada pengeluar terbaik luar negara manakala madu yang digunakan juga dijamin keasliannya.

Antara pelanggan Hutan Ration ialah Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bola Sepak Singapura, pasukan lumba basikal dan ramai lagi, katanya.

“Kami amat berbangga kerana produk kami turut dibekalkan untuk dijadikan snek atlet Olimpik Tokyo dan Sukan SEA baru-baru ini.

“Buat masa ini pasaran kami tertumpu dalam Malaysia, Brunei dan Singapura yang masih dalam skala kecil,” katanya.

HR juga mendapat bantuan mesin dan peralatan daripada SIRIM Bhd, katanya.

Jazrul berkata pihaknya amat mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan berkaitan untuk mengembangkan empayar perniagaan ke Indonesia dan Timur Tengah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selain meluaskan perniagaan, saya juga ingin membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan," katanya yang kini mempunyai lima pekerja wanita tempatan. - Bernama

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

2

Sukan 5 bulan yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

3

Selera 5 bulan yang lalu

Nikmati Snek IRVINS Pada Musim Perayaan Ini

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan