web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Arnab Panggang Tambat Selera, Pemuda Cipta Kelainan Juadah

Usahawan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:55PM

Wan Mohd Muttaqim Wan Muda, 26, yang mencipta kelainan dengan menjual daging arnab panggang sebagai juadah berbuka puasa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Tidak dinafikan menu ayam atau daging panggang merupakan juadah yang sentiasa menjadi pilihan ramai semasa bulan Ramadan.

Namun, seorang peniaga, Wan Mohd Muttaqim Wan Muda, 26, tampil dengan pendekatan berbeza dan mencipta kelainan apabila memilih arnab panggang untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.

Ujarnya, idea untuk menjual daging arnab itu bermula sejak dua tahun lepas ketika beliau cuba menceburi penternakan haiwan berkenaan.

“Saya bermula sebagai penternak arnab namun saya fikir mahu kembangkan perniagaan dengan menghasilkan pelbagai produk.

“Bermula dari situ saya dapat idea untuk menjual daging arnab sebab kita sendiri membekalkan daging itu,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Tambahnya sambutan yang diterima juga sangat menggalakkan memandangkan daging arnab mempunyai penggemar tersendiri.

Kata pemuda itu, daging arnab diketahui mempunyai kadar protein yang sangat tinggi, selain lebih lazat dari ayam.

Wan Muhammad berkata daging arnab panggang itu dijual secara tempahan dalam talian dengan harga RM60 sekilogram manakala separuh bahagian pula RM30.

Beliau berkata pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada penduduk di sekitar Marang, malah dari daerah lain yang turut mencari menu itu untuk dijadikan sajian berbuka puasa.

“Walaupun cuma berniaga kecil-kecilan di rumah, namun tempahan tidak putus-putus setiap hari, sekali gus menguatkan semangat saya untuk mencuba nasib di bazar Ramadan, tahun depan,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat