Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Siswazah Hasilkan Kerepek Peria 4 Perisa

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Aug 2021 12:21PM

Aina Fatini Md Rizan, 24, menunjukkan kerepek peria yang sedia dijual di rumahnya di Kampung Kubang Palas, Banggu di Kota Bharu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kreatif dan kritis. Itulah yang boleh digambarkan mengenai kelebihan seorang siswazah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengambil inisiatif menghasilkan kerepek peria pelbagai perisa untuk mengelakkan berlaku lambakan sayuran itu.

Aina Fatini Md Rizan, 24, berkata idea untuk menghasilkan kerepek peria berkenaan timbul apabila tanaman peria yang diusahakan oleh suaminya, Mohamad Zulfazli Mohamad Arifin, 28, sejak 4 tahun lepas terjejas akibat sekatan pergerakan dan sukar untuk dipasarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, pada kebiasaannya tanaman peria yang diusahakan suaminya di tanah seluas 0.3 hektar di Kampung Kubang Palas, Banggu, dekat sini itu mampu memberi hasil sekitar 150 kilogram (kg) setelah selesai dituai dalam tempoh dua hari sebelum dipasarkan sekitar Kelantan termasuk ke Pasar Selayang, Selangor.

“Bagaimanapun, pasaran peria ini mula terjejas disebabkan pelaksanaan ‘lockdown’ yang membataskan penghantaran tanaman ini ke luar Kelantan. Namun, ia tidak menjadi penghalang bagi saya dan suami untuk terus membiarkan sahaja hasil tanaman peria kami membusuk.

“Bermula awal bulan ini, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan kerepek peria bagi mengelak berlaku lambakan sekali gus mengundang pembaziran,” katanya ketika di temui Bernama di rumahnya di Kampung Kubang Palas, Banggu, di sini.

Bercerita lanjut mengenai pemprosesan kerepek peria, Aina Fatini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat itu mengakui pada awalnya ia tidak mudah dilakukan tanpa sebarang ilmu.

Katanya, beliau banyak berpandukan konsep ‘try and error’ selain mencari video-video rujukan di Youtube serta resipi untuk menghasilkan kerepek peria di Google.

“Pada awalnya saya hanya membuat mengikut gerak hati dan cara sendiri, namun hasilnya tidak begitu memuaskan selain kerepek cepat lemau dan berbau tengik.

“Untuk menambah baik kerepek peria yang dihasilkan, saya menyertai kursus secara dalam talian pada bulan lalu selama dua hari, dan syukurlah dengan ilmu yang diperoleh kerepek yang dihasilkan memuaskan hati,” katanya.

Aina Fatini berkata, bagi mencuba nasib pada awalnya beliau hanya memberi secara percuma kerepek peria yang dihasilkan kepada rakan-rakan serta keluarga yang terdekat untuk mendengar pandangan dan komen mereka.

“Rata-rata komen dan pandangan daripada rakan-rakan terdekat serta keluarga sangat positif selain ada yang terus berminat untuk membelinya dalam kuantiti yang banyak sekali gus membuatkan saya berani untuk menceburi perniagaan kerepek peria ini secara serius,” katanya yang dibantu oleh empat pekerja.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, bagi memastikan kerepek yang dihasilkan berkualiti, beliau hanya akan memilih peria yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu masak untuk memudahkan penghasilan kerepek.

Katanya, sayur peria agak mudah rosak kerana hanya mampu bertahan sekitar tiga atau empat hari menyebabkan beliau perlu mengutip sekitar lebih 30 kg peria setiap hari khusus untuk tujuan menghasilkan kerepek.

“Kebiasaanya saya akan memulakan kerja proses kerepek peria ini seawal 7 pagi dan berakhir sekitar 7 petang memandangkan ia mempunyai beberapa peringkat pemeprosesan termasuk perlu dibasuh dengan air garam untuk menghilangkan rasa pahit.

“Setiap hari saya mampu menghasilkan lebih 50 botol kerepek peria seberat 170 gram setiap satu yang ditawarkan dalam empat pilihan perisa iaitu asli, pedas, telur masin dan keju.

“Kerepek peria ini dijual secara dalam talian termasuk melalui platform Instagram, Facebook dan Shopee pada harga serendah RM15 hingga RM18 sebotol dan saya mampu meraih lebih RM800 sehari,” katanya yang kini mempunyai seramai 15 agen di Kelantan dan Pulau Pinang.

Melihat kepada sambutan yang mengalakkan terhadap kerepek peria itu, beliau turut merancang menghasilkan pelbagai kerepek sayuran lain termasuk petola ular, terung dan bayam Brazil, dalam tempoh terdekat. - Bernama

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 5 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM