web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 12:58PM

Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada pukul 11 pagi ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini pada 11 pagi ini.

Hampir 200 ahli keluarga dan sahabat seperjuangan dalam kewartawanan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Tujuh anak Allahyarham termasuk Rejaie Arbee, 42, Radhiq Arbee, 37, dan Awaina Arbee, 32, membantu menyempurnakan pengebumian Allahyarham. 

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Seksyen 7 di sini untuk disolatkan dengan disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan rakan media.

Sementara itu, Rejaie Arbee, berkata ayahnya meninggal dunia pada 2.10 pagi di Hospital Shah Alam kerana sakit tua.

Beliau berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital itu Jumaat lepas kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.

Antara yang hadir ialah Tokoh Wartawan Negara 2019 Tan Sri Johan Jaaffar, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima Berhad Kamarudin Mape dan bekas Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Sementara itu, pengurusan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Nasriah Darus, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz dan Ketua TV, Bahagian Penyiaran TV dan Radio Nor Hamzeela Md Hambali turut menziarahi keluarga Ahmad Rejal di kediaman Allahyarham di sini.

Ahmad Rejal, 83, merupakan bekas Ketua PengarangBernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

Ahmad Rejal adalah antara pengamal media terawal yang meneroka konsep media dwibahasa dan antara kakitangan pengasas Bernama.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang The Sun dari 1996 hingga 1997 sebelum menyertai Berita Harian sebagai Editor Kumpulan pada Julai 1998 hingga Julai 2003. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahmad Rejal Arbee Meninggal Dunia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan