web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Untuk Parti Politik Sentuh Isu 3R — KPN

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:00AM

Razaruddin bercakap pada sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu .

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata oleh itu, parti politik yang bertanding diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif sepanjang tempoh berkempen khususnya berkaitan 3R.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan wujudnya kegusaran dan mencetuskan rasa tidak harmoni dalam kalangan rakyat sepanjang proses PRN itu nanti.

"Kita nampak apabila isu 3R dimainkan maka akan berlaku perpecahan dan mewujudkan keadaan tidak harmoni dalam kalangan masyarakat, lagipun saya percaya semua yang bertanding merupakan orang-orang lama (dalam politik).

"Jadi kita mahu PRN kali ini berlangsung dalam keadaan sangat aman dan tidak berlaku ketidakharmonian dalam perjalanan PRN, pengundi juga boleh keluar mengundi dan memilih calon mereka (dengan selamat)," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Razarudin berkata demikian selepas meninjau persiapan bagi menghadapi PRN oleh Kontinjen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.

Beliau berkata parti politik yang bertanding juga diingatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada khususnya yang berkaitan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Akta Hasutan.

"Kita sendiri ada pegawai perakam dan pegawai zon yang memantau perjalanan kempen sepanjang PRN, mereka berperanan merekodkan serta memantau semua ceramah, jika ada yang didapati menyentuh isu 3R, siasatan akan terus dijalankan sama ada oleh Bukit Aman atau kontinjen negeri itu sendiri," katanya.

Razarudin juga berkata seramai 40,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang proses PRN di enam negeri terbabit.

Beliau berkata Kontinjen Pulau Pinang juga akan menerima bantuan serta sokongan 663 anggota dan pegawai polis sepanjang PRN iaitu dari Bukit Aman selain anggota dari negeri yang tidak terlibat dengan pilihan raya itu.

"Saya juga berpuas hati dengan taklimat persediaan PRN yang diberikan di peringkat Kontinjen Pulau Pinang dan apa yang telah disyorkan, dicadang dan dimohon dari segi bantuan keanggotaan oleh Ketua Polis Pulau Pinang juga sangat ideal, tidak terlampau lebih atau ada kekurangan yang boleh menjejaskan perjalanan PRN," katanya.

Razarudin berkata selain itu, beliau akan melakukan lawatan bagi melihat persiapan PRN di Kelantan dan Terenganu selepas berbuat demikian di Kedah, Selangor serta Negeri Sembilan dan mendapati semuanya berjalan lancar.

Beliau berkata pihaknya menasihati parti politik yang bertanding agar memohon permit ceramah lebih awal bagi memudahkan urusan kelulusan.

''Polis memang melayan setiap permohonan untuk mendapatkan permit dalam tempoh 24 jam namun kita mohon parti politik melakukannya lebih awal untuk mengelak berlakunya pertembungan dengan parti lain di satu-satu kawasan ketika mereka berceramah,'' katanya.

PRN dijangka diadakan serentak di keenam-enam negeri selepas Dewan Undangan Negeri masing-masing dibubarkan bulan lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ