web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Remaja Malaysia Cenderung Bunuh Diri Semakin Meningkat - Kajian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 12:15PM

Kecenderungan membunuh diri dalam kalangan remaja Malaysia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut kajian Kementerian Kesihatan (KKM) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecenderungan membunuh diri dalam kalangan remaja Malaysia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut kajian Kementerian Kesihatan (KKM).

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan: Kesihatan Remaja 2022 menunjukkan, kira-kira 12 peratus daripada golongan itu terfikir untuk membunuh diri, manakala 10 peratus cuba membunuh diri sendiri.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus daripada tinjauan dilakukan KKM pada 2017.

Tinjauan edisi ketiga dilakukan KKM itu, mengambil responden pelajar sekolah menengah berumur antara 13 dan 17 tahun.

Kecenderungan membunuh diri itu dibuktikan menerusi keputusan lanjut tinjauan dilakukan KKM yang menunjukkan bahawa satu daripada empat remaja, berasa tertekan, dengan situasi terbabit lebih dialami gadis remaja.

Sebaliknya, 81.7 peratus responden percaya ibu bapa masing-masing menghormati privasi mereka, manakala hanya 33.4 peratus mengambil tahu hobi, 24 peratus memahami masalah dan 9.9 peratus menyemak kerja rumah.

Kesihatan mental remaja boleh dikaitkan dengan keganasan dalam kalangan rakan sebaya, memandangkan 14.8 peratus diserang secara fizikal dan 16 peratus terbabit pergaduhan fizikal, menyaksikan ia lebih kerap berlaku membabitkan remaja lelaki.

Hasil kajian itu juga menyatakan, 8.6 peratus remaja menjadi mangsa buli, dengan paling kerap dialami pelajar Tingkatan Satu - Gambar Hiasan Pixabay
Hasil kajian itu juga menyatakan, 8.6 peratus remaja menjadi mangsa buli, dengan paling kerap dialami pelajar Tingkatan Satu - Gambar Hiasan Pixabay

Di negara ini, 7.5 peratus mengalami penderaan fizikal, manakala 41 peratus mengalami penderaan lisan. Responden wanita dilaporkan menghadapi lebih banyak penderaan rumah tangga.

Hasil kajian itu juga menyatakan, 8.6 peratus remaja menjadi mangsa buli, dengan paling kerap dialami pelajar Tingkatan Satu.

Ia termasuk diejek kerana kaum dan fizikal, menjadi mangsa jenaka seksual serta dipinggirkan semasa aktiviti.

Situasi itu dipadankan dengan statistik menunjukkan kira-kira 20 peratus remaja mengambil bahagian dalam buli siber.

Manakala, menyiarkan komen biadap dan menyebarkan khabar angin disenaraikan sebagai bentuk buli siber paling kerap dilakukan.

Sementara itu, kajian mendapati lebih daripada 154,000 remaja melakukan hubungan seksual dan 33 peratus daripada mereka, berumur di bawah 14 tahun ketika pertama kali bertemu.

Sebanyak 75 peratus responden mengatakan melakukan hubungan seksual sejurus sebelum tinjauan dijalankan, manakala 88 peratus daripada mereka tidak menggunakan kondom atau sebarang produk pencegahan kehamilan semasa melakukan hubungan itu.

 

Penggunaan bahan terlarang, kesihatan fizikal

Kajian itu juga menunjukkan, kira-kira 106,000 remaja di negara ini terbabit dengan dadah sekurang-kurangnya sekali dan lebih separuh daripada jumlah berkenaan, masih menggunakan narkotik. Kebanyakannya mempunyai pengalaman pertama sebelum umur 14 tahun.

Kajian itu juga menunjukkan, kira-kira 106,000 remaja di negara ini terbabit dengan dadah sekurang-kurangnya sekali dan lebih separuh daripada jumlah berkenaan, masih menggunakan narkotik - Gambar hiasan Bernama
Kajian itu juga menunjukkan, kira-kira 106,000 remaja di negara ini terbabit dengan dadah sekurang-kurangnya sekali dan lebih separuh daripada jumlah berkenaan, masih menggunakan narkotik - Gambar hiasan Bernama

Satu daripada lima responden melaporkan mereka mencuba alkohol dan tujuh peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai ‘peminum semasa’, dengan mengambil minuman itu dalam 30 hari sebelum tinjauan.

Begitu juga, 65 peratus daripada mereka pertama kali meminum alkohol sebelum mencapai umur 14 tahun.

Penggunaan rokok menyaksikan penurunan sebanyak 7.6 peratus, tetapi penggunaan vape juga meningkat sebanyak kira-kira lima peratus, menunjukkan bahawa kebanyakan remaja menukar amalan merokok menggunakan rokok tradisional mereka kepada e-rokok.

Dari segi kesihatan fizikal, satu pertiga daripada responden mengalami obesiti, dengan majoriti mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikl yang sedikit atau tiada langsung.

Kebanyakan remaja juga didapati tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran mencukupi, manakala 30 peratus serta 10 peratus, masing-masing sering mengambil minuman ringan berkarbonat dan makanan segera.

Tinjauan itu juga mendapati peningkatan ketidakhadiran ke kelas akibat sakit gigi dan tidak mempunyai mood adalah kerana masalah pergigian, namun tiga daripada lima individu berpuas hati dengan kesihatan mulut mereka. – The Vibes, 27 Mei 2023

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad