web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Baru Amirul Asyhwad Sering Diganggu Kaum Sejenis Termasuk Golongan Selebriti

Kongsi pelakon drama Cukup Derita Itu ini, ada orang dalam industri yang pernah menawarkannya untuk menjadi gigolo kepada lelaki kaya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 8:00PM

Amirul Asyhwad mengakui sering diganggu kaum sejenis. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Amirul Asyhwad mengakui sering diganggu oleh kaum sejenis.

Menurut pelakon drama 'Cukup Derita Itu' ini, dia sering mendapat mesej dari kaum sejenis di Instagra,  malah ada juga dari golongan selebriti.

"Saya hairan kenapa saya sering menjadi sasaran kaum sejenis. Saya sering diganggu dengan mesej-mesej yang mengundang rasa kurang selesa.

"Ada juga golongan selebriti yang cuba mendekati saya dan menghantar mesej yang bukan-bukan," katanya kepada Getaran. 

Tambah bekas pegawai penjara ini lagi, ada juga orang dalam industri yang menawarkannya untuk berkhidmat sebagai gigolo kepada lelaki kaya.

"Saya masih punya maruah dan harga diri. Saya tak akan sesekali mencari wang dengan cara hina sebegitu. 

"Walaupun saya bukan lahir dari keluarga yang senang tapi saya sentiasa tidak lupa asal usul saya.

"Saya pernah ikut ayah saya kutip sampah sewaktu kecil. Malah, sekarang saya bekerja secara sambilan di kedai cermin mata setiap hujung minggu. Saya tak kisah asalkan dapat rezeki yang halal," kongsinya.

Ditanya adakah dia tidak berasa malu bekerja di kedai cermin mata sedangkan dia kini sudah bergelar seorang pelakon, kata Amirul sebagai pelakon yang masih baru, tawaran untuk dirinya masih kurang.

"Takkan saya nak duduk sahaja. Ada bil yang perlu saya bayar setiap bulan. Lagipun saya cuma bekerja di hujung minggu sahaja. Daripada saya tak buat apa-apa, lebih baik saya buat kerja sambilan," katanya yang menetap dan bekerja di Seremban. 

Beralih ke soal kerjaya, Amirul bakal muncul dengan dua drama rantaian tidak lama lagi iaitu Serpihan Sayang yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3 dan Normi Kemball di TV Okey. 

"Saya harap dua drama ini akan membuatkan nama saya lebih dikenali oleh peminat drama tempatan seperti mana drama Cukup Derita Itu dahulu,” katanya. 

"Impak drama 'Cukup Derita Itu' telah membuatkan bilangan pengikut di Instagram saya naik mendadak. Saya harap drama baru saya nanti juga akan memberikan impak yang sama kepada kerjaya saya," katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 17 Januari 2023.

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN