web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Polis Negara Tak Pernah Terbabit Pelaburan Amundi - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 9:33AM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani terbabit dalam pelaburan dikenali sebagai ‘amundi’ adalah tidak benar.

Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya mengesan satu kumpulan perbualan menerusi aplikasi whatsapp yang mempromosikan pelaburan amundi.

Katanya, menerusi kumpulan perbualan tersebut, terdapat satu profil whatsapp yang menyamar sebagai Ketua Polis Negara.

“Individu tersebut yang menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya Ketua Polis Negara turut menyertai skim pelaburan berkenaan.

“PDRM mengesahkan tiada sebarang penglibatan oleh Ketua Polis Negara dalam pelaburan tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, Noorsiah berkata, laporan polis sudah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Negara.

“Siasatan ke atas skim pelaburan berkenaan juga sedang dijalankan.

“PDRM menasihatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan skim penipuan pelaburan sebegini,” katanya. – Getaran, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad