web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Tetap UMNO Dulu, Kini, Selamanya, Tak Akan Kemana-Mana’ - Hishammuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 9:05AM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik namanya tidak disenaraikan dalam Kabinet Perpaduan dan tanda tanya mengenai pendiriannya sebagai anggota UMNO, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau tetap akan kekal setia bersama parti itu.

Beliau berkata, segala ‘cerita buruk’ diperkatakan pihak tertentu dianggap sebagai tindakan untuk memburuk dan menafikan perjuangannya.

“Kawan-kawan, ada satu soalan yang selalu orang tanya saya, pendirian (saya) macam mana dan selepas ini apa hala tuju dalam politik.

“Bagi saya mudah sahaja, saya tetap UMNO dulu, kini, selamanya, saya tak akan kemana-mana, yang cakap-cakap di luar sana hanyalah usaha untuk memburukkan dan menidakkan saya,” katanya menerusi video di Facebook.

Mantan Menteri Pertahanan itu berkata, memandangkan kini beliau tidak lagi memegang jawatan dalam Kabinet dan tidak terlalu sibuk, masa terluang itu akan digunakannya sebaik mungkin demi kelangsungan serta masa depan parti.

Katanya, perjalanannya dalam politik sejak awal ketika masih di Peringkat UMNO Cawangan Sungai Mati, Bahagian Ledang, tidak pernah mudah.

Malah, beliau menyifatkan masa depan perjuangannya dan parti itu akan berdepan kesukaran.

“Sukar memang sukar, jalan ke depan ni tak akan senang, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

“Hanya dapat 30 kerusi je, satu keputusan yang patut menginsaf dan menyedarkan kita semua, khususnya warga UMNO serta BN, sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan dan apa jua pembetulan diperlukan untuk parti kesayangan kita ini,” katanya.

Hishammuddin berkata, terlalu banyak perkara perlu dilakukan sekiranya mahu memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Kita tak boleh salah langkah lagi, buat ahli parti di akar umbi, nasihat saya ialah untuk bulatkan tekad, rapatkan barisan dan sama-sama kita lihat ke hadapan demi masa depan serta kelangsungan perjuangan,” katanya.

Spekulasi kedudukan Hishammuddin dalam UMNO hangat diperkatakan selepas PRU-15 susulan beliau mengeluarkan kenyataan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan Persekutuan, malah rela dipecat daripada parti.

Justeru, selepas UMNO yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergabung bersama PH dan beberapa parti untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian dan kedudukan Hishammuddin mula ditebak, terutama apabila namanya tidak disenaraikan sebagai anggota Jemaah Menteri.

Pada PRU-15, Hishammuddin memenangi kerusi Parlimen Sembrong dengan pertambahan majoriti sebanyak 10,880 atau kenaikan 63 peratus apabila memperoleh 22,572 undi.

Bendahari BN itu menewaskan calon Hasni Abas daripada PH yang mendapat 11,692 dan Aziz Ismail dari Perikatan Nasional (6,666). - Getaran, 23 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini