web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Persamaan Tak, Bila Haniff Hamzah Dikatakan Mirip Pelakon 'Wakanda Forever' Watak Namor 

Ada yang menyifatkan penyampai radio Era ini mirip wajah pelakon lelaki, Tenoch Huerta yang membawakan watak Namor iaitu Raja Talokan dalam filem tersebut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 6:04PM

Tenoch Huerta dan Haniff Hamzah - Gambar Instagram masing-masing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak filem Black Panther: Wakanda Forever ditayangkan di seluruh pawagam dunia pada 11 November lalu, ia telah berjaya mencapai kutipan pecah panggung selama tiga minggu berturut-turut. 

Filem ini adalah sekuel filem Black Panther yang pernah ditayangkan pada tahun 2018. Namun kali ini, ia mengisahkan tentang perjuangan Ratu Ramonda, Shuri, M’ Baku, Okeye dan Dora Milaje yang cuba menyelamatkan bangsa mereka, Wakanda daripada ancaman bangsa lain. 

Di sebalik fenomena yang dicetuskan Wakanda Forever ini, penyampai radio Era, Haniff Hamzah juga turut terkena tempiasnya apabila ada yang menyifatkan wajahnya mirip pelakon lelaki, Tenoch Huerta yang membawakan watak Namor iaitu Raja Talokan. 

Bahkan, Haniff Hamzah turut memuatkan sebuah hantaran di Instagram miliknya apabila ada pengguna media sosialnya yang menyamakan dia dengan Tenoch (Namor).

Dalam hantaran tersebut, Haniff menulis kapsyen: “Patutlah ramai orang dok Wakanda Forever dengan aku, rupanya diorang ingat aku Namor. Ada sama ke guys?

Daripada respons yang diterima, ada yang kata sama dan ada pula yang menafikannya. Namun, jika diteliti memang ada sedikit persamaan mereka pada bahagian-bahagian tertentu. 

Tidak kisahlah. Lagipun, apa salahnya kalau orang mengelar Haniff sebagai Namor. Ia sesuatu yang membanggakan apabila dikaitkan dengan watak popular dalam filem yang hebat dan pecah panggung seperti itu. – Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Black Panther Baharu Adalah Seorang Wanita? Spekulasi Ini Tarik Perhatian Ramai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN