web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hishammuddin Tak Hadir Di Seri Pacific, Rela Dipecat Tolak Penggabungan PH - BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 12:20PM

Hishammuddin Hussein - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein rela dipecat kerana berpegang kepada pendirian menolak kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri Pertahanan sementara berkata, pendiriannya dalam perkara itu adalah jelas dan tidak boleh digugat.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi , (saya) tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut beliau, tiada sebarang kerjasama patut dijalinkan dengan Anwar dan DAP.

“No Anwar, No DAP.

“Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.

Hishammuddin dipercayai merujuk kepada kenyataan diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Menerusi kenyataan tersebut, Zahid beekata semua Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU-15) telah menandantangani akujanji dan memberi mandat kepada beliau bagi menentukan sebarang gabungan politik untuk membentuk kerajaan.

Pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN dan PN hari ini tidak dihadiri Hishammuddin, dipercayai sebagai tanda bantahan terhadap sebarang kemungkinan penggabungan BN-PH.

Pada PRU-15, BN mencatatkan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila hanya berjaya menguasai 30 kerusi Parlimen. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad