web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biarlah ‘Awning’ Tudung Kelepet Pun Asalkan Rakyat Terjaga! – Nurul Izzah Jadi Perhatian

Gambar berkenaan kemudian menjadi tular dan mendapat lebih daripada 3,000 tanda suka dalam tempoh beberapa jam sahaja.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 6:23PM

Nurul Izzah Anwar membonceng motosikal di sekitar kawasan Permatang Pauh yang sesak akibat hujan - Gambar Twitter Yin Shao Loong

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meninjau media sosial sempena pilihan raya tahun ini, penampilan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar antara yang menjadi perhatian warganet. 

Sebelum ini ramai yang membincangkan bagaimana ahli politik itu masih kelihatan cantik walaupun bentuk tudungnya selalu tidak menjadi. 

Hari ini, suami  Nurul Izzah, Yin Shao Loong memuat naik gambar ahli politik itu membonceng motosikal di sekitar kawasan Permatang Pauh yang sesak akibat hujan. 

Gambar berkenaan kemudian menjadi tular dan mendapat lebih daripada 3,000 tanda suka dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Dia tak kisah awning tudung dia asalkan kebajikan rakyat terjaga,” tulis satu komen. 

“Siapa yang ambil gambar ini tak kena masa betul. Bagilah tahu YB, sempat dia nak tiup tudung tu,” kata komen yang lain. 

“Alamak tudung penyek,” usik satu pengguna Twitter.

Terdahulu, Nurul Izzah bertanding empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh bersama-sama Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan, (Perikatan Nasional) dan Mohamad Nasir Othman, (GTA- Pejuang). - Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ