web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Melaka Atur Strategi Pastikan PRU-15 Berjalan Lancar

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 9:25AM

Polis Melaka telah mengatur pelbagai strategi bagi memastikan PRU-15 berjalan lancar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka telah mengatur pelbagai strategi bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berjalan lancar dan ketika menghadapi Monsun Timur Laut yang berkemungkinan mengakibatkan banjir di negeri ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata sebanyak 1,800 anggota dan pegawai diatur gerak untuk penugasan berkaitan PRU-15 manakala 250 anggota dan pegawai akan ditugaskan untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku dalam tempoh berkenaan.

"Kita juga akan mengatur gerak aset pasukan yang akan digunakan pada PRU-15 dan sekiranya banjir berlaku seperti bot. Kita juga akan memohon bantuan sumber manusia daripada sukarelawan dan badan bukan kerajaan untuk membantu.

"Selain itu, cuti bagi kira-kira 2,572 anggota dan pegawai polis di Melaka telah dibekukan lebih awal sehingga PRU-15 berakhir bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar," katanya kepada pemberita di sini lewat malam tadi.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Cegah Jenayah dan Walkabout sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2022 yang turut dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.

Mengulas lanjut, Zainol berkata pihaknya juga telah mengenal pasti kerusi panas daripada enam Parlimen di negeri ini pada PRU-15 dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar pada hari mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka dan keselamatan mereka adalah jaminan polis," katanya.

Beliau berkata parti politik yang ingin menggunakan dron dalam tempoh berkempen perlu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Dalam perkembangan lain, katanya orang ramai yang akan meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama sempena cuti sambutan Deepavali diminta mengisi borang balik kampung agar polis dapat melakukan pemantauan dan rondaan bagi mengelak jenayah pecah rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan