web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raisa Akan Beraksi Dalam Konsert Eksklusif Di Zepp KL, November Ini

Pemilihan Raisa adalah kerana karya-karyanya mendapat perhatian yang ketara di Malaysia.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 10:04AM

Gambar ihsan Hitman Solutions

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai peminat mula teruja apabila mendapat tahu bahawa bintang pop & R&B Indonesia kegemaran mereka, Raisa bakal menjayakan konsert di negara ini.  

Raisa bakal beraksi dengan 20 buah lagu bersama iringan pemuzik profesional dalam konsert yang dinamakan ‘Raisa: Live In Malaysia’ anjuran Hitman Solutions di Zepp Kuala Lumpur pada 20 November ini, jam 8.30 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, sambutan luar jangka dan memberangsangkan yang diterima pada konsert Jubin Nautiyal: Live In Malaysia baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang besar untuk dihiburkan oleh artis antarabangsa.

“Kami berbangga, bersyuku, dan teruja menampilkan Raisa, bintang top di Indonesia, untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia kepada semua peminatnya,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Raisa, Rohit memberitahu, nama Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia dan karya-karyanya telah mendapat perhatian yang ketara di negara kita.

“Pencapaian ini adalah kerana dia bukanlah penyanyi biasa. Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baru balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa.

“Pembeli tiket boleh mengharapkan kira-kira 20 lagu hit Raisa dalam ekstravaganza dua jam, diiringi oleh pemuzik profesional dan produksi audiovisual kami yang terkenal.

“Kami mempunyai jangkaan yang besar untuk konsert ini dan berharap semua orang merebut peluang ini,” tambah Rohit.

Raisa menjadi terkenal dengan single pertamanya, berjudul 'Serba Salah', daripada album sulungnya ‘Raisa’, pada 2011.

Pada tahun berikutnya, dia memenangi anugerah ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia (AMI) ke-15 dan ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ di Anugerah Planet Muzik.

Sebagai seorang artis yang berbakat, Raisa terus menggilap kebolehannya dan telah memenangi beberapa anugerah muzik serta hati jutaan orang.

Kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 habis dijual pada hari pertama, manakala CAT 1 (RM250 - Free Standing) dan CAT 2 (RM200 - Free Standing) sedang dijual dengan pantas. 

Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com. - Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN