web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Keluar Notis Amaran Aktiviti Jenayah Guna Kanak-Kanak Jalanan

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 8:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej kononnya pasukan keselamatan itu dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan notis amaran berhubung aktiviti jenayah yang menggunakan kanak-kanak jalanan, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru berkata mesej tersebut mendakwa, terdapat pihak menggunakan kanak-kanak jalanan yang memegang kertas tertulis alamat rumah mereka sebagai taktik, untuk meraih bantuan bagi dihantar pulang.

Menurutnya, mesej tersebut turut mendakwa individu yang membantu kanak-kanak itu akan dibunuh, organ dicuri dan dirogol.

“PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan KDN atau PDRM.

“Semakan juga mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata orang ramai diingatkan untuk tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang mesej tidak berasas.

Skandaguru turut menasihatkan orang ramai yang berhadapan dengan situasi seperti mesej yang tular itu, untuk membawa kanak-kanak terbabit ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ