web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda Ugut Ketua Hakim Negara Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 8:21PM

Seorang pemuda berusia 30 tahun ditahan selepas disyaki mengeluarkan ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, malam tadi. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda berusia 30 tahun ditahan selepas disyaki mengeluarkan ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisoner Skandaguru Anandan berkata, polis menerima laporan mengenai ancaman dan ugutan di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, dikenali sebagai  ‘Apiez Bond’.

Menurut beliau, hasil daripada laporan tersebut, tangkapan dilakukan terhadap suspek di sebuah rumah di Puchong, Selangor pada jam 11.15 malam untuk membantu siasatan.

“Suspek dibenarkan untuk direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas daripada suspek adalah satu unit telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan tersebut,” katanya hari ini.

Skandaguru berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Beliau menegaskan, PDRM memandang serius kes tersebut dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan.

Berdasarkan tangkap layar yang tular semalam, pemuda terbabit didapati meninggalkan komen berbaur ugutan.

“Hakim Maimun janganlah jatuhkan hukuman pada orang yang tak bersalah, silap-silap pembunuh upahan cari kamu dan bunuh kamu. Yang salah patut dihukum yang tak salah harus dibebaskan dengan keadilan, peguam (Datuk Seri) Najib (Razak) nak beri analisis dokumen itu supaya kamu dapat bezakan mana yang salah dan mana yang tak salah, badan kehakiman dan AGC (Jabatan Peguam Negara) perlu dibersihkan segera.. ini adalah konspirasi politik dan keadilan… bebaskan Najib segera daripada semua pertuduhan palsu yang dibuat oleh PH (Pakatan Harapan) hentikanlah kezaliman,” tulisnya.

Akaun Facebook terbabit bagaimanapun difahamkan sudah dinyahaktif. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan