web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak-Beranak Abe Yie Papar Ragam Keluarga Yang Cuba Rentas Negeri Waktu PKP 

Bermacam-macam strategi yang dirancang anak-anak Abe Yie untuk pulang ke kampung halaman. Adakah mereka berjaya? 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 5:00PM

Dari kiri, Aiman Tino, Wan Sharmila dan Azlee Senario. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masihkah anda ingat pelbagai kejadian yang berlaku sewaktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan serangan COVID-19 yang cukup mengganas ketika itu? 

Dek kerana PKP, ramai yang terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta serta anak dan isteri apabila kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti merentas negeri dilakukan.

Ada yang akur dengan perintah tersebut, namun ada juga yang cuba menggunakan akal panjang mereka untuk ‘meloloskan diri’ mereka. 

Keluarga anak-anak Abe Yie juga begitu. Dalam keriuhan pandemik melanda seluruh negara, bermacam-macam strategi yang dirancang anak-anak Abe Yie untuk pulang ke kampung halaman.

Drama terbaharu, Anak Beranak Abe Yie ini bakal bersiaran di slot Sakura di TV3, mulai hari ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. 

Diterbitkan Zamriez Golden Picture dan diarahkan Pali Yahya, drama bersiri 20 episod ini dibintangi pelakon seperti Azlee Senario, Jasmin Hamid, Aiman Tino, Wan Sharmila, Aidit Noh, Puteri Sarah dan Aidil Aziz.

Kisah dalam drama ini memang tertumpu kepada anak beranak Abe Yie (Azlee Senario), Sam (Aidil Aziz) dan Ann (Wan Sharmila) yang menetap di Kuala Lumpur dan Melaka atas urusan kerja.

Mereka juga sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan. 

Jasmin Hamid - Gambar TV3
Jasmin Hamid - Gambar TV3

Oleh kerana ingin melepaskan rindu, Che Yah (Jasmin Hamid) turut mengeluarkan idea-idea yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk merentas negeri pulang ke kampung

Dalam kekecohan Sam dan Ann mahu merentas negeri, Abe Yie dan Muluk (Aiman Tino) yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya ini risau jika mereka membawa pulang penyakit itu sekali. 

Ketua kampung dan penduduk-penduduk kampung juga sentiasa memberi peringatan untuk menjaga kesihatan dan menentang jika ada yang ingin datang ke kampung mereka sewaktu PKP dilaksanakan. 

Adakah segala helah anak-beranak Abe Yie ini akan berjaya? Dapatkah mereka dipertemukan semula dalam keadaan sihat dan selamat akhirnya? Saksikan drama ini! - Getaran, 16 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu