Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Aplikasi Bantu Anda Urus Kewangan Dengan Bijak

Jika tidak tahu bagaimana untuk bermula mengurus belanjawan atau bajet peribadi dan perlukan bantuan untuk memastikan semuanya direkod dengan baik, apa kata cuba lima aplikasi berikut. Semuanya di hujung jari. Rancang, rekod, semak dan berjimat!

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 11:55AM

Gambar: Yurafresh, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Pepatah yang sering diulang-ulang oleh ramai ibu-bapa untuk galakkan anak-anak menabung. Tapi bukan semua orang mampu menguruskan kewangan dengan baik. Lebih-lebih kalau individu itu suka membeli-belah, materialistik atau lebih parah lagi termasuk dalam kategori biar papa, asalkan bergaya!

Ketika Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang menakutkan ini, adakah wajar kita berbelanja sesuka hati? Memang benar ekonomi Malaysia dijangka terus berada di landasan pemulihan menginjak ke 2021 (seperti yang ditunjukkan oleh Indeks Pelopor (IP) Oktober 2020), namun setakat November 2020, Malaysia merekodkan jumlah pengangguran sebanyak 764,400 orang. 

Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan. Mungkin sudah sampai masanya untuk anda menguruskan kewangan dengan baik. Jika tidak tahu bagaimana untuk bermula dan perlukan bantuan untuk memastikan semuanya direkod dengan baik, apa kata cuba lima aplikasi berikut. Semuanya di hujung jari. Rancang, rekod, semak dan berjimat!

Money Lover 

Aplikasi yang baru sahaja meraikan ulang tahunnya yang ke 10 ini menjadi pilihan kepada lebih lima juta pengguna. Jadi tidak hairanlah ia dinobatkan sebagai Aplikasi  Kewangan Terbaik 2017. 

Money Lover menjadikan pengurusan kewangan peribadi mudah untuk semua orang. Dengan adanya aplikasi ini anda boleh merancang pengeluaran wang, memantau perbelajaan, mengetahui status kewangan sehinggalah menyediakan bajet. 

Anda pasti  suka dengan fungsi savings, events dan budget yang tersedia. Fungsi-fungsi ini membolehkan anda menyemak semula jumlah wang yang telah atau akan digunakan pada setiap bulan. Jika perbelanjaan menghampiri zon merah (hampir melepasi kemampuan), amaran akan dikeluarkan untuk peringatan. 

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan anda memindah dan menerima wang sesama individu yang berada dalam ‘network’ anda. Boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan iOS.

Monefy 

Mempunyai antara muka (interface) yang sangat menarik serta mudah digunakan sehingga membuat ramai yang rasa tertarik untuk terus menggunakannya. Sehingga kini aplikasi yang dibangunkan oleh Aimbity US ini dikatakan cukup popular di kalangan pengguna Android.

Monefy lebih daripada sekadar penjejak wang, ia juga merupakan salah satu aplikasi simpanan terbaik untuk membantu anda menguruskan kewangan. Jejaki perbelanjaan peribadi dan bandingkan dengan pendapatan bulanan serta bajet bulanan. Ini membantu anda untuk berjimat dan lama-kelamaan tidak mustahil anda boleh menjadi budget master.

Setiap kali anda membeli kopi, membayar bil atau membuat pembelian, anda hanya perlu rekodkan transaksi terbabit- itu sahaja! Ia dilakukan dengan satu klik, tidak perlu mengisi apa-apa kecuali jumlahnya. Selain menggunakan fungsi sedia ada, anda juga boleh menambah sendiri kategori perbelanjaan yang dirasakan perlu untuk kegunaan sendiri. Paling penting, aplikasi ini boleh diselaraskan dengan akaun Google Drive dan Dropbox anda!

Honeydue

Untuk pasangan yang baru mendirikan mahligai bersama, Honeydue mungkin aplikasi yang dicari-cari. Tetapi ingat, dengan menggunakan aplikasi ini, ini bermakna anda sudah bersedia untuk mendedahkan tentang situasi kewangan anda kepada pasangan. Tiada lagi rahsia!

Antara fungsi yang tersedia ialah anda boleh menetapkan had perbelanjaan bulanan isi rumah untuk setiap kategori, peringatan tentang pembayaran bil, pilih berapa banyak wang yang ingin dikongsi bersama pasangan, bahagikan perbelanjaan bersama pasangan, amaran apabila perbelanjaan semakin menghampiri bajet serta banyak lagi. 

Honeydue boleh dimuat turun secara percuma di Google Play (Android) dan App Store (iOS)

iSaveMoney

iSaveMoney adalah aplikasi belanjawan yang boleh dimuat turun secara percuma untuk menjejak perbelanjaan anda. Ia berfungsi sebagai pembuat bajet dan penjejak perbelanjaan yang hebat untuk semua orang. Biarpun mempunyai banyak fungsi, aplikasi ini mesra pengguna dan mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. 

Sekiranya anda menginginkan aplikasi yang boleh membantu mengawal keadaan kewangan anda, membuat belanjawan bulanan, mengesan perbelanjaan dan menyediakan data serta mempunyai pandangan tentang tabiat perbelanjaan anda, iSaveMoney adalah jawapannya. Hanya dengan satu sentuhan jari, anda dapat mengakses fungsi utama aplikasi ini.

Selain boleh melihat carta yang menunjukkan variasi perbelanjaan anda untuk sepanjang hari, aplikasi ini juga menyediakan ramalan belanjawan, di mana ia akan membuat ramalan enam bulan berdasarkan rekod perbelanjaan sebelumnya. Cukup menarik! 

Bajet

Aplikasi ini mesra pengguna Malaysia kerana ia dibangunkan di sini. Fungsinya agak terhad, tetapi ia sangat mudah digunakan, terutama di kalangan mereka yang baru mencuba menggunakan aplikasi pengurusan kewangan. 

Aplikasi ini boleh membantu anda merancang bajet bulanan atau tempoh tertentu, dan merekod perbelanjaan dan baki bajet anda sewajarnya. Paling penting, anda boleh tetapkan sebanyak mana bajet yang anda mahukan. 

Jadi tunggu apa lagi? Rancang kewangan anda untuk masa depan yang lebih terjamin. - Getaran, 17 Februari 2021


 

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

4

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki