web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segera Bantu! Pakailah Aplikasi Bendera Putih

Hasil usaha murni tiga sahabat universiti, aplikasi #BenderaPutih dijenama semula kepada #SambalSOS untuk membantu golongan yang dalam kesusahan.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 2:47PM

Gambar: Sambal SOS & Samantha Woodford (Unsplash)

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kes jangkitan COVID-19 yang tak menunjukkan trend menurun dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tampaknya masyarakat semakin tenat.

Ramai yang hilang pekerjaan, terputus bekalan makanan dan terjatuh dalam kancah kemiskinan tegar sehingga menyebabkan ada yang mengambil jalan pintas ekstrem seperti membunuh diri.

Suasana yang semakin meruncing ini membuatkan ramai yang mengambil inisiatif sendiri, berganding bahu membantu sesama marhaen dengan menjalankan ‘Kempen Bendera Putih’.

Kempen ini menyarankan supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan untuk mengibarkan bendera putih di kediaman masing-masing, jika memerlukan bantuan makanan atau keperluan. 

Situasi mendesak ini turut membuatkan tiga siswa muda bernama Sidharrth Nagappan, Shaun Mak dan Cornelius Pang terpanggil untuk membina dan melancarkan aplikasi #BenderaPutih.

Aplikasi ini mendapat sambutan dan pujian yang sangat baik daripada warganet sehingga ia tular di semua media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Ia memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan mengesan lokasi bendera putih dengan kadar segera, dalam masa sama memudahkan pihak yang dalam kesusahan menerima bantuan pantas.

Aplikasi ini juga memberi lokasi bank makanan, pondok sedekah, organisasi kebajikan dan dapur makanan percuma yang berhampiran. Memuat naik foto tidak dibenarkan atas alasan privasi. 

Semenjak kempen murni ini dijalankan, ramai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa, bergegas menghulurkan bantuan kepada golongan-golongan yang terjejas. 

Dalam satu hantaran di Facebook, Sidharrth berharap aplikasi #BenderaPutih ini bakal menjadi aplikasi yang membantu dan menyatukan masyarakat dengan pengenalan #SambalSOS.

Justeru, aplikasi #BenderaPutih ini dijenama semula sebagai Sambal SOS pada 4 Julai 2021 lalu. Layari Sambal SOS untuk memberi atau memohon bantuan serta mendapatkan maklumat lanjut. 

Baca juga Hukum Kibarkan Bendera Putih Menurut Pandangan Islam bagi mereka yang masih keliru atau ragu-ragu menyokong Kempen Bendera Putih ini. – Getaran, 7 Julai 2021.

Semua gambar: Sambal SOS

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 7 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN