web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bigo Trivia Night’ Dan XPose Menghiburkan Anda Kala Di Rumah

Ingin menyatukan masyarakat Malaysia dalam norma baharu, Bigo Live melancarkan pertandingan trivia dalam talian.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 9:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak bermulanya wabak COVID, aplikasi penstriman dalam talian, Bigo Live sentiasa berusaha untuk menjadi sumber utama dalam menyediakan hiburan interaktif nan menarik kepada pengguna di alam maya. 

Malahan mereka telah melancarkan pelbagai inisiatif bertujuan untuk menghubungkan dan merapatkan masyarakat Malaysia pada masa yang mencabarkan ini. 

Lebih-lebih lagi, apabila sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mewujudkan pengasingan antara orang ramai dan memburukkan lagi keadaan mental rakyat Malaysia. 

Jadi, bagi membendung masalah ini, Bigo Live rasa terpanggil untuk melancarkan  ‘Bigo Trivia Night’, sebuah siri pertandingan dalam talian di mana setiap pasukan bakal dicabar untuk melihat siapa yang lebih berpengetahuan. 

“Pandemik ini telah memaksa kita untuk menjauhkan diri secara fizikal daripada orang yang kita sayangi. Tambahan pula, banyak juga acara turut berpindah kepada dunia maya. Justeru itu, kami merasa penstriman langsung adalah saluran terbaik untuk menyatukan orang ramai dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman terkini. 

“Meskipun pandemik melanda, pengguna Bigo Live telah membuktikan bahawa kita tidak perlu bersama secara fizikal untuk menjalinkan hubungan yang bermakna. Oleh sebab pertandingan ini bakal dijalankan secara dalam talian, kami menjangkakan ramai yang bakal menyertainya,” kata jurucakap Bigo Live.

Teknologi merupakan satu kaedah untuk membantu rakyat mengurangkan masalah. Dengan menggunakan aplikasi yang disediakan, ia dapat membantu untuk mengalihkan pandang seseorang daripada memikirkan masalah mereka.

Apa yang membuat pertandingan ini lebih menarik adalah ia turut menampilkan persembahan oleh kumpulan tempatan, XPose yang terkenal dengan lagu-lagu hit mereka ‘Maafkan Ku’, ‘Sandiwara’ dan ‘Seru’. Selain itu, penonton juga berpeluang untuk berinteraksi dengan band ini secara eksklusif sepanjang live streaming.

“Walaupun kami tidak dapat mengadakan apa-apa acara dan persembahan secara langsung, kami sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada acara Bigo Live ini. Kami berharap agar ‘Bigo Trivia Night’ dapat memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua, ” kata XPose.

Pendaftaran ‘Bigo Trivia Night’ kini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Pertandingan secara maya ini bakal membawa 24 pasukan untuk bertanding dan pasukan yang memperoleh markah tertinggi akan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM3,000. 

Anda boleh memuat naik aplikasi Bigo Live untuk menyertai ‘Bigo Trivia Night’ yang sedang berlangsung sekarang sehingga 12 Julai 2021. Untuk mengetahui berita terkini, layari laman web rasmi Bigo Live atau laman sosial mereka di Instagram. - Getaran, 7 Julai 2021
 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis