web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atome Kittens Menjadi Maskot Kempen ‘Get It Week’

Kumpulan kucing ini 'melancarkan' kempen membeli-belah aplikasi Atome.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah tak anda terfikir apa akan jadi kalau wujudnya kumpulan muzik yang beranggotakan kucing? Apatah lagi kalau mereka mengeluarkan single sendiri? Kumpulan Atome Kittens yang terdiri daripada tiga kucing bernama Sassy, Zesti dan Savvy ini bukan sahaja menyanyi tetapi juga boleh bermain alat muzik untuk mengiring lagu.

Single yang berjudul 'Let’s Get It, Get It' telah dihasilkan khusus bagi memeriahkan kempen ‘Get It Week’ yang dilancarkan oleh aplikasi Atome. Untuk pengetahuan semua, Atome merupakan satu platform ‘beli sekarang dan bayar kemudian’ terkemuka di Asia dan sebahagian daripada Advance Intelligence Group, sebuah syarikat teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Apa yang hebatnya, aplikasi ini memberi pilihan dan menawarkan proses pembayaran yang fleksibel bagi mereka yang suka membeli-belah. Ini bermaksud pelanggan boleh membuat pembayaran dalam tiga atau enam bulan tanpa dikenakan faedah.

Tambahan pula, ia turut memberi manfaat teknologi inovatif kepada pengguna dan peniaga untuk membangunkan ekosistem produk dan perkhidmatan. Kini, Atome mempunyai lebih daripada 3,000 rangkaian peruncit dari sembilan buah negara termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Filipina, Thailand dan China. 

“Kami teruja menjadi sebahagian daripada kempen ‘Get It Week’. Sangat seronok menyaksikan pengalaman pembayaran yang selamat, terjamin dan fleksibel, lebih lagi untuk kategori fesyen mewah, kecantikan dan gaya hidup,” kata Kannan Rajaratnam Pengarah, Pengalaman Pelanggan dan Pembayaran Elektronik, Zalora.

Jadi apa kaitan Atome Kittens dan aplikasi Atome ini? Selain daripada memegang peranan duta kempen, pemilihan kumpulan ini diharapkan untuk menarik lagi pengguna baru terutamanya dari kalangan generasi anak muda agar mereka dapat berbelanja dengan bijak dan berhemat. 

“Kami berharap pembeli Gen Z dan milenial menyukai Atome Kittens yang mempunyai kepribadian tersendiri," ungkap David Chen, CEO Atome, dalam sidang media Atome.

Bila ditanya kenapa Atome memilih kucing sebagai maskot dan bukan binatang lain, David berkata “Kenapa tidak? Semua orang sukakan kucing kerana mereka comel dan mempunyai karakter unik yang mewakili pelbagai personaliti pelanggan.”

Atome Kittens bukan sahaja bakal menghiburkan para pelanggan, tetapi menjadi teman belanja di acara ini yang menampilkan pelbagai promosi hebat. 

“Konsep yang menggunakan kucing sebagai selebriti untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang perkhidmatan merupakan sesuatu yang bijak dan kreatif yang mampu menarik perhatian orang ramai,” jelas Ailin Chan Pengurus Pemasaran Digital Serantau–Malaysia, Aldo.

Atome ‘Get It Week’ yang mempamerkan promosi menarik dari enam puluh jenama-jenama terkenal ini sedang berlangsung dari 11 hingga 20 Jun 2021.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengikuti cabaran #AtomeKittens Get It To Win di laman sosial, Instagram dari 28 Mei hingga 27 Jun 2021. Jangan lupa layari laman sesawang rasmi Atome dan muat turun aplikasi mereka untuk maklumat lebih lanjut. - Getaran, 16 Jun 2021

Semua gambar: Atome 


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN