web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shopee Live Lonjak Perniagaan Coklat Dubai Hingga 90 Peratus

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 3:44PM

PHINIX STORE memperoleh 90 peratus kenaikan jualan coklat Dubai selepas menjual secara strim langsung melalui platfotm Shopee Live. - gambar Shopee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan kreatif dan sistematik strim langsung melalui platform Shopee Live berjaya melonjakkan hasil jualan coklat Dubai oleh dua anak muda tempatan sehingga memperoleh lebih 1,000 pesanan sehari.

Platform beli-belah dalam talian, Shopee memaklumkan pengasas PHINIX STORE Husman Setta dan Khaled Hassan beralih daripada laman dagangan sosial ke Shopee Live pada Julai lepas dan menyaksikan penggemar coklat membuat pesanan melebihi sasaran asal iaitu 50 pesanan setiap hari.

Pengasas PHINIX STORE Khaled Hassan (kiri) dan Husman Setta. - gambar Shopee
Pengasas PHINIX STORE Khaled Hassan (kiri) dan Husman Setta. - gambar Shopee

Menurut Shopee, PHINIX STORE bebas untuk berkomunikasi melalui saluran disediakan dan mereka mendidik secara langsung tentang cara menyimpan serta menikmati coklat selain berkomunikasi dua hala secara langsung yang membolehkan pembinaan kepercayaan jenama dengan cepat.

"PHINIX STORE bermula dengan menarik perhatian pelanggan menggunakan Shopee Coins, kemudian menggunakan ciri tinjauan pendapat (poll) melalui Shopee Live untuk mendapatkan makluman pengguna terhadap produk yang akan terjual.

"Mereka menggunakan laporan jualan untuk mengagak cara terbaik menjalankan jualan langsung dan mempengaruhi aktiviti pembelian dan kesetiaan dengan ganjaran barangan percuma kepada pelanggan," menurut kenyataan Shopee di sini hari ini.

Sementara itu, Husman dalam kenyataan sama berkata 90 peratus kenaikan jualan syarikat adalah disebabkan Shopee Live yang menghubungkan mereka dengan sasaran pelanggan sesuai kerana penonton mahukan hiburan daripada membeli-belah berbanding aplikasi lain.

"Dahulu, coklat ini kurang dikenali dalam media sosial atau platform beli-belah, kini saya boleh katakan 90 peratus daripada jualan harian kami ialah menerusi Shopee Live, terutamanya daripada pelanggan setia yang kerap membeli.

"Kami dapat membina hubungan dengan pelanggan dan berinteraksi baik dengan mereka, menjadi seperti kawan kami ... mereka sertai strim langsung untuk lepak bersama, walaupun di luar talian, kadang-kadang pelanggan yang mengenali kami ajak berbual bersama," katanya.

Khaled yang mengacarakan strim langsung pula berkata beliau dan Husman menggunakan pemasa kiraan detik untuk membuat penonton teruja dan menggesa mereka membeli produk pada harga istimewa ketika bersiaran langsung.

Khaled juga dikenali sebagai Abang Ah Ah melalui platform Shopee Live. - gambar Shopee
Khaled juga dikenali sebagai Abang Ah Ah melalui platform Shopee Live. - gambar Shopee

"Kami juga memberi ganjaran terhadap kesetiaan, misalnya jika penonton membeli produk pada kuantiti tertentu kami akan memberi mereka hadiah percuma. Sebagai contoh, dengan setiap pembelian coklat lebih satu kilogram (kg), kami beri mereka 100 gram percuma," katanya dalam kenyataan sama.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata Shopee Live ialah platform berkesan bagi membina hubungan dua hala dan keterlibatan berperibadi antara penjual dengan pengikut untuk memacu jualan segera.

"Kami berniat untuk terus memperkasakan lebih banyak perniagaan tempatan untuk lebih maju dalam talian menggunakan platform ini," katanya.

Menurut Shopee, PHINIX STORE berjaya meraih 74,000 pengikut melalui platform berkenaan yang juga telah membeli 85,714 kg coklat Dubai serta 163,000 biji Milo Energy Cubes.

Di samping itu, PHINIX STORE turut menawarkan wangian mewah dan sambal sesuai dengan cita rasa tempatan.

Shopee juga mengajak orang ramai menonton Shopee Live pada 11 Nov untuk promosi terbaik dalam talian dan berhibur bersama PHINIX STORE serta banyak lagi.

"Pengguna boleh menebus baucar hingga 90 peratus. Shopee 11.11 Jualan Hebat juga menawarkan peluang memenangi RM1 juta kepada penggunanya dengan menyertai rancangan peraduan Kotak Duit Misteri pada 8 malam ini dan malam esok, manakala Jumaat dan Sabtu ia akan berlangsung pukul 10 malam," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia