web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Future Ready” HP Tawarkan 6 Model Laptop Canggih

Keenam-enam peranti tersebut menawarkan dua jenis speksifikasi atau kategori iaitu tiga untuk pekerjaan dan tiga untuk permainan dengan harga yang menarik dari HP.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:50AM

HP melancarkan enam rangkaian produk laptop terbaharu sebagai sebahagian daripada portfolio Future-Ready

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HP Malaysia mengumumkan strategi tersedia masa depannya atau dikenali sebagai strategi “Future Ready” untuk tahun ini. Syarikat teknologi ini akan memberi tumpuan terhadap merevolusikan cara bekerja dan bermain dengan penekanan pada inovasi dan kemapanan. 

Baru-baru ini, HP melancarkan enam rangkaian produk laptop terbaharu sebagai sebahagian daripada portfolio Future-Ready. Keenam-enam peranti tersebut menawarkan dua jenis spesifikasi atau kategori iaitu tiga untuk pekerjaan dan tiga untuk permainan dengan harga yang menarik.

Kategori Pekerjaan

HP ZBook Firefly G10 

Harga bermula RM5,734
Harga bermula RM5,734

Model ini direka dengan prestasi bertahap profesional dan mempunyai pelbagai port bagi memudahkan pengguna mengerjakan beberapa tugas dalam satu-satu masa. 

Ia juga dilengkapi dengan HP Presence, hayat bateri sehingga 13 jam yang membolehkan pengguna kekal produktif dengan komponen bertahap profesional, kamera web yang dipertingkatkan dengan AI serta paparan menakjubkan. ZBook Firefly G10 boleh didapati dengan harga bermula RM5,734.

HP ZBook Power G10 

Harga bermula RM8,078
Harga bermula RM8,078

Bagi membantu meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan banyak tugas   dalam satu-satu masa, komputer riba ini dilengkapi dengan HP Presence yang telah dipertingkatkan serta storan jenis NVMe  tempatan dan grafik laptop siri 40 NVIDIA® RTXTM. 

Ia juga memiliki kamera 5MP pembingkaian automatik, Wi-Fi6 dan bateri yang tahan lama. ZBook Power G10 boleh didapati dengan harga bermula RM8,078.

HP ProBook 400 Series G10

 Harga bermula RM3,849
Harga bermula RM3,849

Laptop HP ProBook 400 Series G10 pula direka  untuk pekerjaan hybrid (gabungan) dengan kamera IR 5MP, perisian HP Context Aware sehingga 32GB menggunakan memori LPDDR5. Ini termasuk menjaga keselamatan siber dan manfaat untuk sistem sesebuah syarikat. ZBook Firefly G10 boleh didapati dengan harga bermula RM3,849.

Kategori Permainan 

HP OMEN Transcend 16

 Harga bermula RM10,999.
Harga bermula RM10,999.

Komputer riba permainan HP paling nipis dan ringan setakat ini, dengan teknologi berkuasa AI yang menawarkan kecekapan penuh dan OMEN Tempest Cooling yang unggul untuk membawa permainan anda ke tahap seterusnya. 

Ia tersedia dengan skrin LED mini 240Hz sehingga 16:10, Intel® Core™ i7 Generasi ke-13 atau AMD Ryzen™ 9. HP OMEN Transcend 16 boleh didapati dengan harga bermula RM10,999.

OMEN 16

Harga bermula RM6,899

Bagi speksifikasi permainan ini pula, ia dikuasakan dengan AI yang menawarkan kecekapan penuh dan OMEN Tempest Cooling yang unggul yang juga menawarkan tahap permainan yang tinggi. 

Ia dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ i9 Generasi ke-13 atau pemproses AMD Ryzen™ 9 7000 Series dan grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 4070. OMEN 16 oleh HP boleh didapati dengan harga bermula RM6,899.

Victus 16

Harga bermula RM4,149
Harga bermula RM4,149

Model ini menawarkan prestasi yang tiada tandingan dan buat pertama kalinya, menggunakan teknologi OMEN Tempest Cooling yang direvolusikan untuk pengalaman permainan tanpa gangguan. 

Ia juga menawarkan paparan FHD 144Hz dan papan kekunci permainan serba guna termasuk pemproses Intel® Core™ i7 generasi ke-13 atau pemproses AMD Ryzen™ 7 7000 Series serta grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 4070. Victus oleh HP 16 boleh didapati dengan harga bermula RM4,149. - Getaran, 8 Ogos 2023

Semua gambar : HP

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi