web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiktok Peluaskan Hantaran Berasaskan Teks, Bunyi

Elemen terbaharu ini bertujuan untuk memperkembangkan kretiviti pemilik akaun TikTok untuk meningkatkan karya dan idea yang segar

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 8:08AM

Serlahkan idea dan kreativiti melalui elemen terbaharu dalam aplikasi TikTok - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TikTok kini sudah boleh membuat hantaran berasaskan teks untuk pengguna berkongsi idea dan kreativiti mereka apabila platform itu meluaskan lagi format sedia ada.

Platform yang terkenal dengan kandungan video pendek sebelum ini membenarkan penciptanya memuat naik foto, mengambil potongan bahagian dalam siaran langsung (live) dan membalas siaran pengguna lain melalui format Duet dan Stitch.

Menurut satu kenyataan TikTok, elemen terbaharu ini bertujuan untuk memperkembangkan kreativiti pemilik akaun Tiktok untuk meningkatkan karya dan idea yang segar.

“Dengan siaran teks ini, kami memperluaskan sempadan pencipta kandungan di TikTok untuk pengguna memberikan kreativiti dalam penulisan berbentuk ulasan atau kapsyen video supaya mereka ini lebih bersinar,” kata TikTok dalam satu kenyataan.

TikTok juga berkata bahawa ia merancang untuk menjadikan siaran teks yang dinamik atau interaktif seperti format kandungan video atau foto dengan membenarkan pengguna menyesuaikan hantaran mereka dengan tambahan bunyi atau lagu.

Ini membolehkan mereka menggunakan fungsi Duets dalam masa yang sama menukar font dan warna teks tersebut.

Selain itu, bunyi atau lagu adalah teras kepada hantaran di TikTok dan ini adalah salah satu faktor utama platform ini memperluaskan tetapan tersebut. Bahkan, ia memberikan pengalaman pengguna lain untuk membaca hantaran tersebut sambil melayani bunyi atau lagu yang dilampirkan.

Tambahan lagi, ketika TikTok mengembangkan pilihan atau tetapan pada bahagian bunyinya, baru-baru ini syarikat itu mengumumkan kerjasama dengan Warner Music Group (WMG). Ini bertujuan untuk perlesanan dan membenarkan penggunaan mengakses himpunan Warner Recorded Music dan Warner Chappell Music di TikTok.

“Kami gembira dan teruja untuk kerjasama seterusnya TikTok. Melalui perkongsian yang diperluas dan dipertingkatkan kedua-dua entiti ini, kami boleh bersama-sama memberikan nilai yang lebih besar kepada artis dan penulis lagu WMG serta pengguna TikTok," kata Ketua Pegawai Eksekutif WMG, Robert Kyncl.

Malah, syarikat teknologi ByteDance turut melancarkan TikTok Music di Australia, Mexico dan Singapura untuk memberikan perkhidmatan penstriman muzik yang menampilkan senarai lebih 1,000 artis dengan jutaan lagu disediakan.

Jadi kepada pengguna media sosial Tiktok, bersedia untuk muat turun aplikasi TikTok Music yang akan ditawarkan melalui Apple App Store atau Google Play Store. Sebagai permulaan, pengguna boleh melawati music.tiktok.com terlebih dahulu dan dapatkan tempoh percubaan tiga bulan untuk untuk merasai keseronokan ciri terbaharu ini.- Getaran, 4 Ogos 2023

Sumber/Foto: Tiktok

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN