web statsweb stats

Berita Terkini

46 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 47 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Montana Negeri AS Pertama Haramkan TikTok

Selagi platform media sosial itu masih tersedia, penyedia aplikasi perlu membayar denda US$10,000 setiap hari. Pengguna bagaimanapun tidak akan didenda dan mereka yang sudah mempunyai aplikasi itu pada peranti mereka tidak terjejas.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 8:00AM

Tindakan itu diambil untuk melindungi data peribadi penduduk Montana daripada Parti Komunis China. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Untuk melindungi data peribadi penduduk Montana daripada Parti Komunis China, saya telah mengharamkan TikTok di Montana,” ciap Gianforte selepas menandatangani rang undang-undang itu.

Peraturan baharu itu melarang gedung aplikasi App Store daripada menawarkan aplikasi perkongsian video itu mulai 1 Jan 2024 selain dan menghalang TikTok daripada beroperasi sebagai perniagaan di negeri berkenaan.

Selagi platform media sosial itu masih tersedia, penyedia aplikasi perlu membayar denda US$10,000 setiap hari. Pengguna bagaimanapun tidak akan didenda dan mereka yang sudah mempunyai aplikasi itu pada peranti mereka tidak terjejas.

TikTok masih belum memberi maklum balas terhadap perubahan undang-undang itu. Namun tindakan undang-undang yang mencabar larangan berdasarkan hak kebebasan bersuara, mungkin difailkan.

Dimiliki oleh syarikat China ByteDance, TikTok telah pun diharamkan pada peranti milik kerajaan di Kanada, Australia, New Zealand, Britain dan AS, di tengah-tengah kebimbangan akan keselamatan siber.

Aplikasi itu mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia dan digunakan secara meluas di AS dan Eropah, mencetuskan kebimbangan bahawa pihak berkuasa China dan agensi risikan mungkin menggunakan aplikasi itu untuk mengumpul maklumat daripada pengguna atau menyebarkan pengaruh. Syarikat itu menafikan dakwaan sedemikian. - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan